Tuesday, July 20, 2010

Pelajar tingkatan dua jadi mangsa rogol kenalan lelaki

JEMPOL 19 Julai - Gara-gara ponteng sekolah semata-mata untuk bertandang ke sebuah rumah kenalan lelakinya, seorang remaja perempuan menerima padah apabila dirogol oleh lelaki berkenaan di Serting Hilir di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian pukul 7 pagi 12 Julai lalu, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Serting Hilir dipercayai pergi ke rumah suspek bersama seorang lagi rakan perempuannya.

Menurut sumber polis, setibanya di sana, terdapat lima lelaki dalam rumah itu dan salah seorang daripada mereka memaksa gadis berusia 14 tahun itu masuk ke dalam sebuah bilik.

Ulasan: Jangan menjemput musibah.

No comments: