Monday, July 19, 2010

Sungai Malaysia teruk tercemar

AKIBAT tangan-tangan manusia yang mengotorkan sungai-sungai dengan timbunan sampah sarap mahupun bahan buangan pusat komersial atau industri, kerajaan terpaksa mengeluarkan ratusan juta ringgit untuk memulihara dan merawatnya.

Pada masa ini terdapat sekurang-kurangnya 45 sungai termasuk pecahan daripada tujuh lembangan sungai di seluruh negara yang dikategorikan sebagai tercemar teruk iaitu Tahap 3, 4 dan 5. 

Kajian Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati air dari sungai-sungai ini mengandungi logam berat yang berbahaya kepada habitat dan juga manusia seperti arsenik, raksa, kadmium, kromium, plumbum dan zink.

Tinjauan Unit Khas Utusan Malaysia kira-kira sebulan mendapati, pencemaran sungai berpunca daripada budaya tidak ambil peduli dan menjadikan sungai sebagai tong sampah oleh masyarakat. 

Ditambah pula pencemaran daripada aktiviti pertanian, penternakan, penempatan serta perindustrian berhampiran sungai yang tidak terkawal….

Ulasan: Adakan kempen dan kuatkuasakan peraturan tanpa rasuah.

No comments: