Wednesday, July 21, 2010

Pemandu teksi warga asing kuasai Lembah Klang?

KUALA LUMPUR 20 Julai – Dianggarkan kira-kira 5,000 pemandu teksi warga asing kini beroperasi di sekitar Lembah Klang tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata, jumlah tersebut amat membimbangkan kerana pelbagai kesan negatif akan timbul termasuk menyekat mata pencarian pemandu teksi tempatan.

‘‘Kami memandang serius masalah ini kerana ia melibatkan keselamatan pengguna dan banyak aduan yang diterima daripada pengguna melibatkan pemandu warga asing.

Ulasan: Selalunya peraturan hanya menjadi sampah bila rasuah bermaharajalela.

No comments: