Bunyinya seperti jalan cerita dalam filem tetapi itulah gambaran yang boleh diberi kepada seorang pemuda, Tang Su Liang, 34, yang berasal dari Cheng Du, China.
Di China, Su Liang telah diisytihar mati oleh pihak berkuasa negara itu malah ahli keluarganya termasuk isteri dan anaknya yang berumur 10 tahun telah dibayar pampasan RM50,000 (100,000 Renminbi).
Nasib yang menimpa Su Liang bermula tahun 2008, ketika dia yang bekerja dengan sebuah syarikat perikanan di negaranya terjatuh ke dalam laut pada waktu malam menyebabkan usaha mencarinya gagal.
Akibat tragedi itu, ahli keluarga dan rakan-rakannya percaya bahawa nelayan berkenaan telah mati lemas apatah lagi kejadian tersebut berlaku di kawasan laut dalam di perairan antarabangsa.
Isteri mangsa yang mendapat khabar buruk tersebut telah berkahwin dengan lelaki lain selepas hampir setahun menanti kepulangan suaminya.
Bagaimanapun, ketika terjatuh ke dalam laut, Su Liang sebenarnya diselamatkan sebuah kapal nelayan Malaysia dan dibawa ke negeri ini.
Sebaik tiba di negeri ini, mangsa dibawa ke depot tahanan sementara imigresen di Tanah Merah kerana dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) dan berada di situ selama dua tahun menyebabkan dia terputus hubungan dengan keluarganya.
Nasib malang lelaki ini akhirnya berubah apabila kehadirannya di depot berkenaan diketahui seorang ahli perniagaan, Gan Leong Piow.
Leong Piow yang juga Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kelantan telah menguruskan penghantaran pulang Su Liang.
Su Liang berlepas ke Kuala Lumpur pukul 12 tengah hari ini sebelum menyambung penerbangan kembali ke negara asalnya yang dijadual pada pukul 6 petang ini.
Ulasan: Cara pihak imigresen bekerja dipersoalkan. Kenapa zalim kepada orang miskin?
No comments:
Post a Comment