Wednesday, July 28, 2010

Syed Hamid nafi lulus calling visa

KUALA LUMPUR 27 Julai - Bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar menafikan beliau terlibat dalam meluluskan calling visa atau permit kerja pekerja Bangladesh bagi kutipan dana politik seperti yang didakwa seorang saksi dalam kes rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md. Don di Mahkamah Sesyen di sini.

Syed Hamid, 66, yang hadir sebagai saksi pendakwaan ke-37 dalam perbicaraan kes rasuah tersebut menyatakan, beliau juga tidak tahu mengenai dakwaan bahawa adik iparnya, Syed Abdullah Abdul Rahmat melakukan sebarang kutipan dana politik bagi pihaknya.

"Saya tidak pernah menyuruh dia melakukan sebarang kutipan dan tiada sebarang kutipan wang patut berlaku di luar daripada bayaran levi," ujar beliau ketika disoal semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa…

Ulasan: Semua rakyat tahu industri permit kerja pekerja asing adalah laksana telaga minyak yang memungkinkan kaya melalui pemerasan orang miskin. Siasat jangan tak siasat dan pastikan keadilan wujud di negara kita.

No comments: