SARATOK 26 Julai - Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang sentiasa menemui penduduk dalam usaha menyelesaikan masalah rakyat dan bukannya seperti pembangkang yang hanya mempunyai agenda bermusim terutama apabila tiba musim pilihan raya.
Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membela nasib dan masa depan rakyat selama ini.
Menurut beliau yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, sebaliknya pembangkang hanya melancarkan pelbagai kempen untuk memenangi hati rakyat kerana sasaran mereka hanya untuk mendapatkan undi simpati semata-mata…
Ulasan: Parti yang menang dalam pilihan raya umum akan menjadi kerajaan negara atau negeri dan bertanggungjawab terhadap pembangunan negara dan/atau negeri. Parti lain akan mencuba untuk menang kemudian. Bila parti yang memerintah sudah terlalu lama, 53 tahun BN memerintah Malaysia. keberkesannya sudah menurun dan ditimpa penyakit orang berkuasa yang berlaku disana-sini iaitu rasuah dan penyelewengan, maka rakyat perlu membuat PERUBAHAN untuk tukar kerajaan. Parti politik boleh datang dan pergi. Kerajaan yang di pilih sewajarnya menguntungkan negara, negeri dan rakyat bila ADIL, TELUS dan tidak amalkan RASUAH.
No comments:
Post a Comment