KUALA LUMPUR 21 Sept. - Pakatan pembangkang hari ini akhirnya bersetuju menyertai Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen yang bertanggungjawab menambah baik proses pilihan raya di negara ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga wakil dari pakatan pembangkang dalam jawatankuasa itu akan ditentukan bersama-sama oleh Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Anwar pada persidangan berita di sini berkata, keputusan untuk menyertai jawatankuasa khas terpilih itu adalah bagi memastikan wakil mereka dapat membawa cadangan pakatan pembangkang yang menuntut pilihan raya yang bersih, iaitu reformasi keseluruhan proses dan pelaksanaan pilihan raya…
Ulasan: Akhirnya pemerintah BN menerima bahawa proses pilihan raya di negara perlu diBERSIHkan. Relevan juga demo BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0. Apakah bersih selepas ini?
No comments:
Post a Comment