Saturday, December 03, 2011

Mesir 'lulus' ujian demokrasi

KAHERAH 29 Nov. - Mesir hari ini menyifatkan pilihan raya pasca revolusi sebagai kejayaan untuk demokrasi ketika lebih ramai pengundi turun membuang undi, mengatasi jangkaan awal mengatakan ia akan diboikot.

"Kelahiran Mesir yang baru," isytihar akhbar Al-Akhbar hari ini iaitu pada hari kedua mengundi selepas ramai dilihat hadir membuang undi dalam keadaan aman, semalam.

"Rakyat telah melepasi ujian demokrasi," tulis akhbar bebas harian, al-Shorouk pada berita utamanya.

Pemimpin kerajaan tentera turut melahirkan kegembiraan mereka melihat kepada sambutan rakyat…

Ulasan: Bagaimana dengan Malaysia? Sampai rakyat kena turun jalan memprotes pilihan raya yang tidak berapa BERSIH. Malulah menjadi kerajaan melealu pilihan raya yang tidak BERSIH. Apakah penambahbaikan seperti anjuran PSC akan tertunai dalam PRU terdekat?


No comments: