ISTANBUL: Menteri Luar Turki Abdullah Gul yang dinamakan calon presiden oleh parti pemerintah kelmarin, dijangka tidak menghadapi halangan untuk dipilih parlimen ke jawatan tertinggi negaranya, namun pencalonannya tetap dipertikaikan semata-mata kerana isterinya bertudung.
Komen: Agak pelik kenapa golongan sekular Turki (Turki yang menjadi Empayar yang hebat dulu dengan Islam) sukar memberikan hak mengamalkan agama kepada semua orang. Kenapa sampai tentera di kerahkan menjaga prinsip sekular yang di paksakan keatas rakyat?
Golongan sekular Turki sepanjang masa menjadi bimbang ‘warisan’ bapa pemodenan Turki, Mustafa Kemal Ataturk yang tersangat cintakan sekularisme, bakal terhakis. Doakan supaya cepat terhakis dari minda semua orang Islam. Cukuplah selama ini menyusahkan dan menghina rakyat.
Perhatian: Di Turki, sekularisme di maktubkan di dalam perlembagaan negara dan di jaga hebat oleh perundangan dan tentera yang kuat. Pelik...
No comments:
Post a Comment