Dalam tempoh yang terdekat, akan wujud MALAYSIA BARU yang adil, bebas (bukan negara polis, wujud kebebasan bersuara sepenuhnya), telus dan anti-rasuah. Koleksi ini hanyalah memori yang mengusik jiwa yang pernah berlaku sebelumnya untuk kita FIKIRKAN dan mengambil pelajaran @ hikmah darinya... In the near future, there is NEW MALAYSIA, a just, free, transparent, and anti-corruption state. These were mere collection of memories that happened once for our REFLECTION taking its wisdom...
Monday, April 30, 2007
Tentera ancam halang calon Presiden Turki
ISTANBUL: Calon Presiden Turki pilihan kerajaan pro-Islam, Abdullah Gul, semalam menolak langkah menarik diri daripada bertanding sekalipun pihak tentera mengancam mengambil tindakan untuk melindungi sistem sekular negara itu.
Keadaan bertambah tegang selepas beribu-ribu orang mengadakan perhimpunan bagi menyokong sistem sekular sambil menolak campur tangan tentera…(Berita Harian, 30/4/07).
.
Ulasan: Kasihan kepada tentera Turki sebenarnya terpaksa melawan rakyat semata-mata kerana tentera menganggap dirinya mempertahankan sistem sekular yang sudah habis tempoh luput dan tidak popular di kalangan rakyat yang 99% terdiri daripada orang Islam. Sewajarnya tentera hebat menjaga negara supaya betul-betul merdeka di mata musuh. Tentera melawan kerajaan yang di pilih oleh rakyat? Ingatlah rakyat hakim negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment