KUALA LUMPUR 30 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memeriksa serta-merta semua bangunan kerajaan di seluruh negara selepas kejadian siling runtuh berlaku di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.
Perdana Menteri yang marah dan malu dengan kejadian itu – iaitu insiden ketiga siling runtuh melibatkan bangunan kerajaan dalam tempoh tiga minggu – mahu kontraktor-kontraktor yang cuai dalam pembinaan bangunan-bangunan tersebut dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi. Kompleks Mahkamah Jalan Duta dibina dengan kos RM270 juta, manakala kejadian siling runtuh akibat paip pecah di ibu pejabat Jabatan Imigresen dan Dewan Serbaguna Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Putrajaya juga berlaku di bangunan baru milik kerajaan yang dibina dengan kos beratus-ratus juta ringgit.
Catatan: Dalam kejadian terbaru kelmarin 1.4.07, beberapa keping siling di bilik Setiausaha Mahkamah Tinggi Sivil 6, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, yang baru siap dan belum digunakan runtuh. JKR bertanggungjawab mereka bentuk kompleks itu tetapi ia dibina Johawaki Development Sdn Bhd.
Pada 11 April lalu, operasi di kompleks Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Presint 2, Putrajaya tergendala dan terpaksa ditutup sementara selepas sambungan paip tingkat tujuh bangunan itu patah menyebabkan limpahan air dan silingnya runtuh.
Kira-kira jam 7.10 pagi Sabtu lalu pula, hampir semua kepingan dan kerangka keluli pengikat siling kaca lepa di Dewan Serba Guna Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di presint yang sama, runtuh akibat limpahan air selepas saluran paip sistem perenjis kebakarannya pecah.
Ulasan: Sila buat penyiasatan terperinci kerana beratus juta duit rakyat di habiskan untuk membina kompleks yang ternama. Samada rekabentuk asal yang salah, di bina tidak mengikut rekabentuk asal atau tidak ikut spesifikasi yang di nyatakan dalam dokumen kontrak.
Rupa-rupanya PM pandai marah juga. Tapi marah kerana dunia sahaja. Tapi bila nak marah kerana agama?
No comments:
Post a Comment