Monday, May 21, 2007

Tiada milik peribadi -- Kerajaan mahu elak industri sensitif lakukan kemahuan sesuka hati

KUALA LUMPUR 20 Mei – Kerajaan tidak akan membenarkan syarikat-syarikat yang mendapat lesen untuk menjalankan perniagaan dalam industri berkepentingan awam seperti stesen-stesen televisyen dijadikan syarikat persendirian.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin menegaskan, syarikat-syarikat seumpama itu harus diapungkan di Bursa Malaysia kerana jika ia dijadikan syarikat persendirian, pemilik syarikat itu nanti boleh melakukan apa sahaja terhadap syarikat tersebut mengikut kemahuan mereka.
Timbalan Menteri Kewangan itu diminta mengulas perkembangan sektor korporat di Malaysia yang menyaksikan beberapa syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dijadikan syarikat persendirian termasuk Maxis Communications Berhad.
Maxis dijadikan syarikat persendirian oleh taikun T. Ananda Krishnan melalui eksesais korporat bernilai RM40 bilion baru-baru ini.
Terbaru, Berjaya Corporation Berhad yang dikuasai oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan pula bercadang menjadikan Berjaya Capital Berhad (BCap) sebagai syarikat persendirian.
Ketika bercakap kepada pemberita, Awang Adek tidak menamakan syarikat-syarikat yang memegang lesen stesen-stesen televisyen di negara ini. Bagaimanapun, di Malaysia, bisnes stesen-stesen televisyen satelit berbayar Astro dan saluran kabel MiTV turut dipegang oleh syarikat-syarikat yang dikuasai oleh Ananda Krishnan dan Vincent Tan.
Operasi televisyen swasta percuma di negara ini seperti TV3, ntv7, 8TV dan TV9 pula dikawal oleh Media Prima, sebuah syarikat senaraian awam yang sahamnya diapungkan di Bursa Malaysia.

Ulasan: Betulkah? Tunggu dan lihat kerana macam-macam boleh berlaku di zaman UMNO ini.



PM perturun petua didik anak

KEPALA BATAS 20 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menurunkan petua tersendiri kepada golongan ibu bapa dalam mendidik anak- anak yang masih kecil supaya tidak terlalu menyekat anak-anak dengan pelbagai pantang larang yang dikhuatiri merencatkan proses pembesaran semula jadi kanak-kanak.

Ulasan: Baca dan amalkan Tarbiyatul Aulad fil Islam oleh Abdullah Nasih Ulwan.



AS sedia Pakistan RM19 bilion hapus pengganas

WASHINGTON 20 Mei – Amerika Syarikat (AS) menyediakan kira-kira RM3.4 bilion (AS$1 bilion) setahun kepada Pakistan bagi membiayai penyertaannya dalam operasi antikeganasan di kawasan sempadan dengan Afghanistan. 
Akhbar New York Times dalam laporannya semalam menyebut, bayaran itu terus dibuat meskipun Presiden Pakistan, Pervez Musharraf membuat keputusan lapan bulan lalu untuk mengurangkan rondaan di kawasan di mana pejuang Al-Qaeda dan Taliban bergiat cergas.

Ulasan: Malu kerana kerajaan orang Islam menerima wang dari musuh umat untuk menghancurkan umat Islam. Pelik.




Laporan Khas: Remaja ketagih rokok kian membimbangkan

KUALA LUMPUR: Walaupun pelbagai kempen dan peraturan antimerokok dilaksanakan, jumlah perokok di negara ini akan meningkat daripada 3.1 juta pada akhir tahun lalu kepada kira-kira 3.8 juta pada 2015 dan lebih empat juta menjelang 2020. 
Malah, satu kaji selidik Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan baru-baru ini mendapati semakin ramai golongan muda, khususnya remaja terjebak ke dalam kancah ketagihan rokok.
Dari segi pecahan etnik, perokok di kalangan orang Melayu adalah paling tinggi dengan jumlahnya mencatat 1.77 juta atau hampir 50 peratus daripada mereka yang berumur antara 25 hingga 64 tahun.
Jumlah perokok di kalangan kaum Cina pula ialah 435,000 merangkumi 21.2 peratus keseluruhan komuniti dewasanya, manakala 183,000 perokok daripada kalangan kaum India (16.2 peratus)....(BH, 21/5/07).

Ulasan: Kita bersusah-payah menjadi perokok, tunggulah hari di mana kita kena buat keputusan menghentikannya kerana sayangkan agama atau sebab kesihatan (Cancer cures smoking).

Walaupun dulunya terdapat perbezaan pendapat, tetapi berdasarkan penemuan-penemuan sains terkini, kita terpaksa menerima bahawa : Merokok adalah HARAM di dalam Islam. Maksud al-Quran: Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu di dalam kebinasaan.


Saudara mara tak sabar rai kepulangan Mila

PULAU PINANG: Saudara mara juara Akademi Fantasia Musim kelima (AF5) yang memecah tradisi sebagai wanita pertama menjuarai program realiti itu, Mila atau Norsyarmila Jirin, tidak sabar-sabar menantikan kepulangannya ke kampung halaman di Kampung Sungai Batu, Teluk Kumbar di sini.
Mila, 19, menjuarai AF5 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam kelmarin, selepas memperoleh 32 peratus undi rakyat Malaysia dan Brunei. Dia turut mencatat sejarah dengan memecahkan dominasi juara lelaki selama empat musim berturut-turut sejak 2003.
Dengan kemenangan itu, Mila membawa pulang hadiah bernilai hampir RM400,000 iaitu sebuah kondominium di A’Famosa Resort Melaka (RM278,900) sebuah kereta jenis Toyota Vios (RM84,849), wang tunai RM20,000, sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (RM10,000), pakej percutian ke Gold Coast, Australia (RM6,388) dan trofi AF5....(BH, 21/5/07).

Ulasan: Kaum keluarga sepatutnya memberikan nasihat supaya menjaga adab dan agama dalam hidupnya. Jangan hanya teruja dengan hadiah RM400,000 dan kehidupan sebagai artis wanita yang bergemerlapan kerana apalah kita kalau ternafi syurga Allah di akhirat nanti.

Sebenarnya rancangan hiburan seperti AF dan yang seumpamanya adalah merosakkan kerana melatih belia Melayu supaya berhibur dan menghiburkan daripada belajar kuat untuk membebaskan umat dari kejahilan semua hal.



Pembangkang veteran mahu tubuh parti baru

SINGAPURA: Seorang veteran pembangkang yang baru-baru ini bebas daripada muflis berkata semalam beliau bercadang menubuhkan parti politik baru dengan sasaran melakukan transformasi terhadap pentadbiran republik itu.
Joshua B Jeyaretnam, 81, bebas daripada muflis selepas membuat bayaran ganti rugi terakhir pada 10 Mei lalu daripada saman fitnah yang difailkan pemimpin republik itu termasuk perdana menteri.
Bebas daripada muflis bermakna beliau layak mengambil bahagian dalam pemilihan Parlimen menjelang 2011.
“Rakyat Singapura tidak mempunyai hak sama sekali, ekonomi, politik atau sosial,” katanya kepada wartawan sambil menambah parti barunya mensasarkan memperkenalkan ‘perubahan lengkap dan menyeluruh dalam cara negara itu ditadbir....(BH, 21/5/07).

Ulasan: Lawan tetap lawan. Untuk mengalahkan kerajaan yang sedia ada yang sudah lama memegang kuasa (seperti juga di Malaysia) memerlukan kesabaran. Terlalu banyak kelemahan dan kesilapan kerajaan berlaku depan mata kita. Teruskan perjuangan untuk mengelakkan rakyat dari di nafikan hak dalam berbagai segi. Rakyat perlu bebas di dalam negara demokrasi.

PKS Tidak Akan Jadi Bunker Koruptor

PKS tidak akan menjadi bunker tempat persembunyian bagi para koruptor, siapapun kader yang terbukti secara hukum telah melakukan korupsi baik dipusat maupun daerah akan dikeluarkan dari struktur partai.
Hal tersebut disampaikan oleh Presiden PKS Tifatul Sembiring usai melepas peserta Umroh Bersama, di Sekretariat DPP PKS, Jakarta, Senin (21/5).
"Jangan rumor-rumor, tapi serahkan pada hukum, yang bersalah itu ditindak tegas, kalau terbukti ada kader PKS yang bersalah, saya tidak akan melindungi, bahkan dia akan kita hukum juga dari struktur partai, kalau terbukti dia bermain-main, "ujarnya…(eramuslim, Senin, 21 Mei 07).

Ulasan: Syabas kepada parti yang mempunyai masa depan gemilang. Jangan jadi laksana UMNO yang menyimpan orang bermasalah....

No comments: