PUTRAJAYA 30 Mei – Seorang guru di negara ini menggunakan purata 66.24 jam seminggu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik. Kajian Jawatankuasa Mengkaji Tugas dan Tanggungjawab Guru (TTG) yang dilakukan sejak setahun lalu menunjukkan, jumlah itu melebihi purata jam seorang pekerja yang disarankan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) iaitu 45 jam seminggu…(UM, 31/5/07).
Ulasan: Terima kasih cikgu kerana engkau kami menjadi manusia sekarang.
Bangunan, kilang terbiar jadi penjara sementara
KAJANG: Beberapa bangunan dan kilang terbiar di seluruh negara akan dijadikan penjara sementara untuk menempatkan banduan menjalani hukuman kurang daripada enam bulan bagi mengurangkan masalah kesesakan di penjara. Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Mustafa Osman, berkata pihaknya menyewa dan mengubah suai bangunan serta kilang lama terbabit bagi memastikan ia selamat digunakan dan sesuai dijadikan penjara.…(BH, 31/5/07).
Ulasan: Apakah negara maju mesti perbesarkan penjara? Seolah-olah banduan yang ramai jadi syarat menjadi negara maju.
Kemampuan pertahanan TUDM setara negara jiran
KUALA LUMPUR: Pesawat pejuang canggih, Sukhoi SU-30MKM yang akan diterima pada Jun ini dari Russia, membolehkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempunyai tahap kemampuan pertahanan setanding dengan tiga negara jiran iaitu Singapura, Thailand dan Indonesia. Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Azizan Ariffin, berkata sejak penubuhan TUDM 49 tahun lalu, pembangunan kelengkapan pertahanan udara negara berdasarkan peranan dan tugas dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan.…(BH, 31/5/07)..
Ulasan: Kalau setara dengan jiran tak cukup. Mesti lebih.
Pengguna komputer berisiko lumpuh
LONDON: Sekumpulan pakar mendakwa berjuta-juta pengguna komputer riba, termasuk kanak-kanak seawal 12 tahun mengalami masalah sakit belakang serius yang boleh menyebabkan lumpuh akibat penggunaan kerap komputer mudah alih berkenaan.
Akhbar Daily Mail melaporkan semalam pengguna termasuk golongan remaja kini disahkan mengalami masalah kerosakan saraf kerana terlalu membongkok bagi melihat skrin komputer riba berkenaan. .…(BH, 31/5/07).
Ulasan: Perlu beringat-ingat menggunakan kemudahan jangan sampai membawa bencana kepada diri sendiri.
No comments:
Post a Comment