Tuesday, May 01, 2007

Rasuah ialah pemenang sebenar di Ijok


KUALA LUMPUR, 30 Apr (Hrkh) - Kekalahan pembangkang dalam pilihan raya kecil di kawasan yang sebelum ini dimenangi oleh Barisan Nasional tidak bermakna sokongan rakyat kepada parti itu semakin baik, kata Ahli Jawatankuasa PAS, Haji Mahfuz Omar.
Malah, katanya, Barisan Nasional telah memunggah wang rakyat sehingga RM36 juta untuk menjamin kemenangannya di Ijok dan hanya mendapat pertambahan majoriti hanya 201 undi sahaja.
Hakikatnya, kata beliau, ia bukan satu kemenangan malah perbuatan merasuah pengundi di tahap tertinggi dan pemenang sebenar ialah rasuah.
"Tidak cukup dengan itu, pilihan raya kecil Ijok juga mencipta sejarah sebagai pilihan raya kecil yang paling mahal dan ganas.
"Pihak polis juga gagal menunjukkan sikap tidak memihak sehingga Amnesty International Malaysia sangat prihatin terhadap tindakan polis yang mengamalkan sikap selektif dalam menafikan hak penyokong calon Parti Keadilan Nasional (PKN) untuk mengadakan perhimpunan dan ceramah politik," katanya…(Harakah 30/4/07).

Ulasan: Terima kasih kepada PM kerana partinya UMNO/BN berjaya menjadikan pilihan raya kecil di Ijok sebagai paling mahal, rasuah sebagai pemenang sebenar, ganas dan sikap pihak polis yang gagal menunjukkan sikap berkecuali. Memang benarlah BN menjadi Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam hal merasuah pengundi.
PM sebagai kemuncak kuasa bila nak MARAH kepada juak-juak UMNO/BN?

No comments: