Friday, May 11, 2007

KUALA LUMPUR: Tujuh pesawat – lima Cessna 172 dan dua helikopter pengangkut MI-17- yang dibeli untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), tersadai sejak beberapa tahun lalu dipercayai kerana tidak memenuhi piawaian.Difahamkan, semua pesawat itu dibeli dengan menggunakan peruntukan RM24 juta dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM-8) pada 2003.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Mustaffa Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan pesawat itu tidak dapat digunakan kerana menghadapi masalah teknikal.
“Memang pesawat itu untuk latihan, tetapi tak perlulah nak besarkan isu ini... ia berkaitan dengan pembekal. Saya tak mahu ia jadi isu, ini berkaitan kontrak. Ini akan membebankan banyak pihak. Cuma saya boleh katakan ini berkaitan masalah teknikal,” katanya.….(Berita Harian, 15/3/07).

Ulasan: Polis pun kena ingat bahawa wang rakyat perlu di jaga. Kenapa bayar yang sub-standard? Tolong siasat, jangan tak siasat. Rasa-rasa kenal siapa Menteri Dalam Negeri?

No comments: