KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua ahli Umno menghadiri mesyuarat cawangan masing-masing mengemukakan cadangan bernas untuk membantu memantapkan lagi kedudukan parti…(BH, 8.4.07)..
Ulasan: Di cadangkan supaya Umno berjuang diatas nama Islam bukan hanya menggunakan nama Islam. Parti Umno sudah tentu akan di redhai Allah sepanjang masa KALAU menjadikan Islam sebenar (bukan Islam Hadhari) sebagai asas dan dasar perjuangannya dan melaksanakan secara konsisten, mengajak manusia dan menegakkannya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah saw, dan diserukan oleh para salafush-salih, bekerja dengannya dan untuknya, keyakinan yang bersih dalam sanubari, pemahaman yang benar yang melalui akal dan fikrah, dan menerima syariah Islam yang mengatur anggota tubuh, perbuatan dan melaksanakannya di dalam politik negara dan sejagat.
Cuma bayangkan sekiranya asas dan dasar perjuangan Umno ialah Islam dan ini dilaksanakan secara konsisten selama ini (sudah 50 tahun sejak merdeka) yang mengajak rakyatnya kepada kebaikan, Malaysia tidak akan sebegini teruk seperti sekarang. Salah siapa kalau tidak Umno?
Tinggalkanlah Umno yang merosakkan diri, ummat dan negara yang selama ini menjadi tempat berpijak untuk mengumpulkan kekayaan dan harta dengan cara yang tidak benar di bawah nama perjuangan Bangsa Melayu. Siapa juara rasuah kalau bukan Umno?
No comments:
Post a Comment