Monday, April 30, 2007

Tentera ancam halang calon Presiden Turki


ISTANBUL: Calon Presiden Turki pilihan kerajaan pro-Islam, Abdullah Gul, semalam menolak langkah menarik diri daripada bertanding sekalipun pihak tentera mengancam mengambil tindakan untuk melindungi sistem sekular negara itu.
Keadaan bertambah tegang selepas beribu-ribu orang mengadakan perhimpunan bagi menyokong sistem sekular sambil menolak campur tangan tentera…(Berita Harian, 30/4/07).
.
Ulasan: Kasihan kepada tentera Turki sebenarnya terpaksa melawan rakyat semata-mata kerana tentera menganggap dirinya mempertahankan sistem sekular yang sudah habis tempoh luput dan tidak popular di kalangan rakyat yang 99% terdiri daripada orang Islam. Sewajarnya tentera hebat menjaga negara supaya betul-betul merdeka di mata musuh. Tentera melawan kerajaan yang di pilih oleh rakyat? Ingatlah rakyat hakim negara.

Pasangan Islam bercerai meningkat

SEREMBAN 29 April – Kadar perceraian pasangan Islam di negeri ini mencatatkan peningkatan mendadak dalam tempoh tiga tahun ini berbanding pasangan bukan Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, pada tahun lepas sebanyak 866 pasangan beragama Islam bercerai berbanding hanya 86 pasangan melibatkan pasangan bukan Islam…(Utusan Malaysia, 30/4/07).

Ulasan: Kenapa kita mengikut artis-artis kita? Atau siapa ikut siapa? Semasa bercinta hebat, tapi setelah kahwin sibuk nak bercerai. Sila semak semula niat sewaktu nak berkahwin dulu. Biasanya yang bermula di tepi longkang akan habis di tepi longkang. Kecuali bagi yang sedar dan cepat balik semula ke pangkuan agama.

Sanggup curi 26 kereta pastikan tidak ditinggal kekasih

LOS ANGELES 29 April – Disebabkan cinta, Antonio Moreno sanggup mendapatkan kereta setiap kali ingin menemui kekasihnya. Sejak Januari lalu, Moreno telah memandu 26 buah kereta sejauh 145 kilometer dengan harapan hubungan dengan kekasihnya tidak terputus.

Ulasan: Bagi kita matlamat tidak halalkan cara. Lagi pula bercinta dan bertemu kekasih kedua-dua di haramkan oleh Allah…

Thursday, April 26, 2007

Indonesia Benarkan Delegasi Israel Masuk ?

Isnin, 23/04/07 -Jurucakap Kementerian Luar berkata ia memutuskan untuk membenarkan delegasi dari parlimen Israel untuk masuk ke Indonesia bagi menghadiri Sidang Parlimen Antarabangsa yang akan berlangsung pada bulan ini…(http://palestinkini).

Komen: Kenapa tidak bertegas? Pak menteri sila pertahankan prinsip negara merdeka.

Sekular Turki tolak isteri calon presiden

ISTANBUL: Menteri Luar Turki Abdullah Gul yang dinamakan calon presiden oleh parti pemerintah kelmarin, dijangka tidak menghadapi halangan untuk dipilih parlimen ke jawatan tertinggi negaranya, namun pencalonannya tetap dipertikaikan semata-mata kerana isterinya bertudung.

Komen: Agak pelik kenapa golongan sekular Turki (Turki yang menjadi Empayar yang hebat dulu dengan Islam) sukar memberikan hak mengamalkan agama kepada semua orang. Kenapa sampai tentera di kerahkan menjaga prinsip sekular yang di paksakan keatas rakyat? 

Golongan sekular Turki sepanjang masa menjadi bimbang ‘warisan’ bapa pemodenan Turki, Mustafa Kemal Ataturk yang tersangat cintakan sekularisme, bakal terhakis. Doakan supaya cepat terhakis dari minda semua orang Islam. Cukuplah selama ini menyusahkan dan menghina rakyat.

Perhatian: Di Turki, sekularisme di maktubkan di dalam perlembagaan negara dan di jaga hebat oleh perundangan dan tentera yang kuat. Pelik...

Usah cuba ‘tukar selera’?

BATANG BERJUNTAI: Datuk Seri Najib Razak meminta pengundi Ijok tidak cuba 'mengubah selera' dengan memilih pembangkang pada pilihan raya kecil ini kerana tempoh kira-kira dua tahun menjelang pilihan raya umum akan datang amat penting untuk pelaksanaan program Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), termasuk di Ijok...(Berita Harian, 26/4/07).

Komen: Kalau ubah pun tak akan menjejaskan pelaksanaan RMK-9. Kenapa mesti selera kekal kepada parti yang sama yang telah memartabatkan rasuah kerana ketiadaan strong political will power untuk menghapuskanya di persada negara? Rakyat bijak yang sayangkan negara tidak akan memilih yang parti terlibat dengan rasuah.