Beliau menegaskan, tindakan drastik termasuk disingkirkan daripada badan kehakiman boleh dikenakan kepada mereka serta pegawai kehakiman yang gagal menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan bersungguh-sungguh.
‘‘Kita harus ingat gaji kita dibayar daripada kocek rakyat. Jika merasakan tidak mampu memberi khidmat terbaik (mungkin kerana beban kerja terlalu berat atau gaji tidak memadai), kita ada pilihan.
“Pilihannya sama ada terus memikul beban demi kepentingan awam atau meninggalkan jawatan masing-masing atas kepentingan peribadi,” katanya…
Ulasan: Hakim jangan makan rasuah dan mengampu. Sebenarnya hakim negara adalah rakyat. Gaji semua menteri dan staf kerajaan adalah menggunakan wang rakyat. Jangan belot kepada rakyat.
(Perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi diselubungi kontroversi kerana rekod beliau sebagai ahli Umno dan peguam serta beberapa jawatan penting dalam parti itu. Begitu juga dengan lonjakan bagaikan roket ke jawatan penting institusi kehakiman Negara. Dalam masa setahun, Zaki meluncur dari seorang peguam terus dilantik ke Mahkamah Persekutuan melepasi jawatan Mahkamah Tinggi dan Hakim Mahkamah Rayuan. Beliau kemudian di naikkan ke Presiden Mahkamah Rayuan dan kemudian kini ke Ketua Hakim(Minda Editor, Suara Keadilan, 29 Okt – 5 Nov 2008, ms 6)). Harapnya UMNO lenyap lagi cepat...
Bekas Gabenor Bank Indonesia dihukum penjara
JAKARTA 29 Okt. - Bekas Gabenor Bank Indonesia (BI), Burhanuddin Abdullah dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Anti Rasuah atas kesalahan rasuah bernilai AS$10.3 juta (RM36.8 juta), hari ini.
Burhanuddin dituduh menggunakan dana bank tersebut untuk merasuah anggota Parlimen dan mengupah peguam bagi mempertahankan para pegawainya yang dituduh melakukan rasuah.
Tertuduh juga dikenakan denda sebanyak 250 juta rupiah.
Burhanuddin berkhidmat di bank itu dari tahun 2003 sehinggalah beliau digantikan pada awal tahun ini…
Ulasan: Kedudukan seseorang adalah sebenarnya satu dugaan dari Allah. Perlu sentiasa bersabar dalam ketaatan dan menjauhi maksiat.
Presiden Maldives tewas pilihan raya
MALE 29 Okt. - Presiden Maldives selama 30 tahun hari ini mengaku kalah kepada bekas aktivis politik yang beliau penjarakan berulang kali kerana memperjuangkan demokrasi di kepulauan tropika di Lautan Hindi ini.
Kesemua 179,343 undi telah dikira dan Mohamed "Anni" Nasheed mendapat 54.2 peratus undi berbanding 45.8 peratus yang diperoleh Presiden Maumoon Abdul Gayoom yang juga pemimpin paling lama memerintah di Asia.
Kemenangan Nasheed dalam pilihan raya pelbagai parti pertama negara itu menggambarkan pahit maung yang dilalui seorang aktivis yang merupakan pengkritik kuat Maumoon serta perjuangan demokrasi yang menyaksikannya didakwa 27 kali dan dipenjara atau diusir ke pulau terpencil selama enam tahun…
Ulasan: Semoga Maldives dalam redha Allah.
Tidak sangka rakan sanggup culik bayi
KUANTAN 29 Okt. - Seorang suri rumah yang bayinya diculik semalam, tidak menyangka rakannya tergamak melakukan perbuatan itu semata-mata untuk mengaut keuntungan.
Mangsa, Zaiton Awang, 37, juga tidak menyangka rakannya berusia 25 tahun itu merupakan salah seorang ahli sindiket menculik bayi di negeri ini…
Ulasan: Berhati-hati adalah lebih baik daripada menyesal di kemudian hari.