KUALA LUMPUR 23 Okt. - UMNO memberi mandat kepada Lembaga Disiplin parti bagi menangani gejala politik wang yang berlaku dalam tempoh kempen pemilihan parti kali ini.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia selaras dengan permintaan Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Lembaga Disiplin baru-baru ini supaya membanteras politik wang dengan tegas…
Ulasan: Kalau ahli sudah melanggar undang-undang negara, sila buat laporan polis dan kalau perlu BPR. Mengapa kita biarkan ahi-ahli melanggar undang-undang?
Kabinet bakal dirombak – PM
BEIJING 23 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan akan berlaku rombakan Kabinet ekoran perubahan pucuk pimpinan MCA baru-baru ini…
Ulasan: Memberi isyarat aku masih berkuasa walaupun sekejap.Bina masjid Cina di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Ahli Parlimen pembangkang, Zulkifli Noordin (PKR-Kulim/Bandar Baharu) hari ini mencadangkan agar kerajaan membina sebuah masjid Cina di pusat bandar Kuala Lumpur dengan segala aktivitinya termasuk kuliah dan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Mandarin.
Menurutnya, masjid seperti itu yang terdapat di Surabaya, Indonesia iaitu Masjid Cheng Ho yang dibina khas untuk masyarakat Cina Islam, haruslah dibina mengikut senibina Cina. ‘‘Saya usulkan pendekatan dakwah ini kerana terdapat ramai masyarakat Cina di negara ini dan ramai yang telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada masjid Cina untuk memenuhi keperluan golongan tersebut.
‘‘Saya mencadangkan agar masjid itu dibina di tapak Penjara Pudu yang berdekatan dengan Bukit Bintang kerana ia dikelilingi oleh masyarakat Cina,” katanya semasa membahaskan Bajet 2009…
Ulasan: Islam sebagai agama Allah untuk semua manusia.
Majlis Fatwa putuskan pengkid haram
KOTA BHARU 23 Okt. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.
Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.
‘‘Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.
‘‘Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad…
Ulasan: Telah lama kita tahu bahawa Islam melarang orang lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan pula di larang menyerupai lelaki. Janganlah kekeliruan pemahaman dan kebanggaan semasa bersama kumpulan menyebabkan kita menolak kebenaran. Ingatlah bahawa Allah akan membicarakan kita secara bersendiridi di depan seluruh manusia lain di hari kiamat nanti.
Jangan sakiti hati kaum lain
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh menyakitkan hati kaum lain kerana ia akan menjejaskan usaha kerajaan mewujudkan negara yang bersatu padu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ingatan itu juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan setiap rakyat kembali berpegang kepada prinsip asas iaitu warganegara Malaysia tidak kira kaum, agama atau budaya mesti dihormati…
Ulasan: Tetapi ini selalunya berpunca dari orang politik yang sudah kecewa dan harapkan sokongan segera dari rakyat. Bukan rakyat.
PAC bincang isu Eurocopter 29 Oktober
NILAI 23 Okt. – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan mesyuaratnya pada 29 dan 30 Oktober ini bagi mengkaji secara terperinci segala isu yang berkaitan dengan pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan Nuri…
Ulasan: Khabarnya untuk sebuah helicopter Eurocopter, Brazil bayar hanya RM83j. Kita pula bayar RM193j dan tidak dapat pemindahan teknologi. Yang kena jawab kepada RAKYAT kerana menghabiskan WANG RAKYAT ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan bekas Menteri Pertahanan, Najib Tun Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal komisen Scorpene dan Sukhoi. Sekarang jadi Menteri Kewangan pula. Apa pula akan jadi kalau menjadi Perdana Menteri selepas ini?
No comments:
Post a Comment