Friday, September 26, 2008

16 September Hari Malaysia

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Kerajaan bersetuju menjadikan tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September sebagai perayaan Hari Malaysia yang akan disambut di seluruh negara.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Hari Malaysia lebih signifikan disambut di seluruh negara berbanding sebelum ini sambutan hanya dibuat di Sabah dan Sarawak…

Ulasan: Terima kasih kepada DS Anwar kerana mempopularkan tarikh itu. Ternyata kerajaan BN mencedok idea PR. Mulanya menentang habis-habisan tetapi rupanya menciplak. 

Penjara dua tahun ke atas Samak kekal
BANGKOK 25 Sept. - Mahkamah Rayuan Thailand hari ini mengekalkan hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan memfitnah terhadap bekas Perdana Menteri, Samak Sundaravej.
Samak meletakkan jawatan awal bulan ini selepas didapati bersalah atas tuduhan terlibat dengan konflik kepentingan oleh sebuah mahkamah lain.
Hakim yang membacakan keputusan itu hari ini berkata, tidak ada sebab untuk menggantung hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Jenayah yang mendapati Samak dan seorang lagi defendan, Dusit Siriwan bersalah memfitnah seorang bekas Timbalan Gabenor Bangkok pada tahun 2006.
"Selepas menimbangkan perbuatan kedua-dua defendan, kami mendapati tidak ada sebab untuk menggantung hukuman ke atas mereka," kata hakim…

Ulasan: Mustahilkah ini boleh berlaku di negara ini?

Penunjuk perasaan tolak Kabinet baru Thailand
BANGKOK 25 Sept. - Penunjuk perasaan antikerajaan hari ini menolak Kabinet baru Thailand, sambil menyifatkannya sebagai penuh dengan kroni bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.
Mereka berikrar untuk meneruskan kempen antikerajaan.
Perdana Menteri, Somchai Wongsawat mengumumkan barisan Kabinetnya semalam terdiri daripada ahli politik veteran, tokoh akademik dan sekutu Thaksin, dipercayai dalam usaha untuk memulihkan keretakan dalam Parti Kuasa Rakyat (PPP) pimpinannya.

"Kabinet itu penuh dengan anggota keluarga dan proksi Thaksin dan kami menuntut PPP keluar daripada kerajaan," kata seorang pemimpin penunjuk perasaan daripada Perikatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD), Pibhob Dhongchai.
Somchai dipilih sebagai Perdana Menteri yang baru pada minggu lepas, setelah Samak Sundaravej diperintah meletakkan jawatan oleh Mahkamah Perlembagaan yang mendapati beliau menerima bayaran secara haram sebagai pengacara rancangan memasak di televisyen…

Ulasan: Rupa-rupanya betullah rakyat hakim negara

No comments: