Monday, September 15, 2008

Keputusan ajar Sains, Matematik dalam BI diumum hujung tahun

SUNGAI PETANI 14 Sept. - Kementerian Pelajaran akan membuat keputusan sama ada mengekalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atau sebaliknya, selepas keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 diumumkan menjelang penghujung tahun ini.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana keputusan mengubah dasar PPSMI secara drastik tidak dapat dibuat pada masa kini memandangkan proses penilaian mengenainya sedang dijalankan…

Ulasan: Setelah hampir 30 tahun, bahasa resmi negara kita (Bahasa Melayu) telah di gunapakai di universiti tempatan dan graduannya tersebar di seluruh dunia. Keputusan ajar Sains, Matematik dalam Bahasa Inggeris hanyalah idea PM semasa iaitu Dr Mahathir tapi tidak pernah di bincangkan oleh pakar dari pelbagai sudut. Eloklah Sains dan Matematik di ajar dalam Bahasa Melayu seperti sebelum ini. Terbukti banyak Negara boleh maju dengan bahasa kebangsaannya tidak di korbankan seperti Russia, German, Perancis, China dan Jepun. Kesungguhan dan jiwa yang merdeka sebagai kuncinya.

Kerajaan tak wajar guna ISA - Zaid
KOTA BHARU 14 Sept. - Kerajaan tidak sewajarnya menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan tiga individu kelmarin, sebaliknya mereka diadili mengikut sistem perundangan negara ini bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, pelbagai undang-undang terdapat di negara ini yang boleh digunakan untuk mengadili atau menghukum individu yang dikatakan menimbulkan ketegangan kaum.
&
Syed Hamid jawab Zaid
KUALA LUMPUR 14 Sept. – Penahanan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin adalah keputusan kerajaan dan ia tidak sepatutnya dipersoalkan oleh mana-mana menteri termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi peringatan itu sebagai reaksinya kepada kenyataan Zaid di Kota Bharu hari ini bahawa kerajaan tidak sewajarnya menggunakan ISA untuk menahan mereka sebaliknya perlu diadili mengikut sistem perundangan negara.
&
Pertikai guna ISA tahan wartawan
KUALA LUMPUR 14 Sept. – Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahalan menyifatkan penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap wartawan Tan Hoon Cheng sebagai tidak tepat dan boleh menjejaskan imej kerajaan. Malah ujar beliau, alasan-alasan yang dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar bahawa wartawan itu perlu dilindungi kerana menerima ancaman bunuh juga disifatkan ‘mengundang kekeliruan’.
Persoalannya kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, mengapa perlu guna ISA sedangkan polis boleh memberi perlindungan kepada Hoon Cheng…

Ulasan: Kalau benar ada dakwaan sila bawa kes ke mahkamah.

MB minta penjawat awam, Exco, ADUN jauhi rasuah
SEREMBAN 14 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini memberi peringatan kepada semua penjawat awam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri supaya menjauhi amalan rasuah…

Ulasan: Termasuk juga diri sendiri. Jangan hanya bercakap tetapi melaksanakannya.

Tumpu usaha pulih UMNO - Johari
JITRA 14 Sept. - Ahli-ahli UMNO perlu mencari kaedah terbaik menguatkan kembali parti pada mesyuarat tahunan bahagian yang bermula bulan depan dan bukannya berbincang mengenai peralihan kuasa pucuk kepimpinan yang telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, ahli-ahli UMNO telah banyak membazirkan masa dengan bercakap pelbagai isu yang sia-sia selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu…

Ulasan: Jalan terbaik ialah dengan meninggalkan UMNO yang selama ini tidak bermaruah. 

No comments: