Thursday, September 04, 2008

Makkah Tanpa Rokok

Kerajaan Arab Saudi melancarkan kempen anti-merokok dan menghimbau warga untuk tidak merokok serta menjadikan kota Makkah sebagai bandar raya yang bebas dari asap rokok.
Kempen itu dimulakan dengan kempen kesedaran tentang kesan negatif rokok dengan melibatkan lebih dari 100 petugas kesehatan dan anggota pengakap Arab Saudi. Mereka ditempatkan di sekeliling Masjid Haram, Makkah. 
"Kami melancarkan kempen ini di saat ribuan jamaah haji dari dalam dan luar negeri berkumpul di Masjid Haram, sehingga pesan-pesan kempen boleh disampaikan ke empat penjuru dunia, " kata Dr. Sameer Al-Sabban, pengarah eksekutif Kempen Anti-Merokok di Makkah (eramuslim.com, 3/9/08).

Ulasan: Kearah hidup yang aman tanpa rokok. 

MT UMNO perlu bertindak segera
PUTRAJAYA 3 Sept. - Majlis Tertinggi (MT) UMNO digesa melakukan 'sesuatu yang drastik' bagi membendung kejutan-kejutan di luar budaya parti itu yang semakin membimbangkan dan dikhuatiri petanda 'keranapan' parti pejuang kemerdekaan negara itu. Ahli MT, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau terpanggil mengeluarkan gesaan itu kerana ahli UMNO kini tidak lagi menampilkan sifat budaya keMelayuan apabila banyak peristiwa tidak diingini berlaku semasa dan menjelang pemilihan tertinggi parti.
Antara yang cukup membimbangkan, kata beliau, ialah penggunaan wang yang berleluasa dan keterlaluan untuk melobi pencalonan, rasuah melibatkan tangkapan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pergaduhan besar sesama ahli hanya kerana mengejar jawatan…

Ulasan: Ini terjadi bila politik menjadi kilang menghasikan wang segera secara jalan yang tidak sah.

Media perlu pertahan kebenaran fakta - PM
PUTRAJAYA 3 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu media di negara ini menggunakan teknologi komunikasi secara membina termasuk menjadi instrumen bagi mempertahankan prinsip-prinsip keadilan serta kebenaran fakta.
Perdana Menteri menegaskan, media perlu berdiri di atas prinsip kebenaran kerana kredibiliti sesebuah institusi bergantung kepada kekuatan itu.
''Pihak media tidak harus berasa takut dan tidak harus bersikap apologetik untuk menegakkan kebenaran.
''Ini kerana menegakkan kebenaran adalah satu prinsip yang menjadi asas untuk memastikan berlakunya keadilan," kata beliau ketika melancarkan Web TV Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Bhd. (Bernama) di sini hari ini…

Ulasan: Sayangnya media kepunyaan kroni BN/UMNO tidak mengutamakan kebenaran menyebabkan rakyat menyampah dan mencari berita alternatif.

BPR bijak tentukan siapa bersalah – MB
SEREMBAN 3 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan percaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) mampu menjalankan tugas dengan adil dan saksama termasuk dalam menentukan siapa individu yang mengambil rasuah, dianiaya atau diperangkap.
Menurutnya, BPR mempunyai kepakaran untuk melakukan timbang tara antara tiga faktor itu sebelum mengenal pasti individu yang ditahan benar-benar merupakan pesalah rasuah.
''Saya tidak menentang tindakan BPR dan memang bersetuju supaya gejala rasuah diperangi serta diberikan perhatian.
''Saya tidak akan berkompromi dengan mereka yang mengamalkan rasuah dan berharap BPR dapat bertindak dengan cekap supaya negara bersih daripada amalan rasuah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini…

Ulasan: Rasanya mahkamahlah yang tentukan siapa bersalah. BPR sekadar menyiasat kes rasuah.

No comments: