Thursday, September 25, 2008

Hairan rakyat tetap percaya pembohongan

MELAKA 23 Sept. - Sikap rakyat negara ini yang terus mempercayai pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menampakkan ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat hari ini. Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kalau dahulu seseorang yang berbohong melebihi dua kali tidak lagi dipercayai oleh masyarakat tetapi kini ia tidak berlaku sedemikian…

Ulasan: Rakyat tetap percaya kerana janji DSAI ternyata lebih baik dari apa yang telah di berikan oleh kerajaan BN. Maruahnya etakat yang di ketahui rakyat pun jauh berbeza. 

Malaysia tangga ke-47 Indeks Persepsi Rasuah
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Malaysia diletakkan dalam kategori sederhana pada Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International dan menduduki tempat ke-47 daripada 180 negara yang mengambil bahagian tahun ini.
Presiden Transparency International Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, walaupun 5.1 markah yang diperoleh tidak berubah berbanding tahun lalu, kedudukan negara pada indeks itu merosot empat tangga, daripada 43 pada 2007 kepada 47 pada tahun ini.
CPI 2008 yang dikeluarkan oleh Transparency International memberikan markah kepada 180 negara pada skala kosong bagi negara yang sangat mengamalkan rasuah dan 10 bagi negara yang bersih daripada amalan korupsi.
Pemarkahan diberikan berdasarkan kajian persepsi amalan rasuah melibatkan ahli politik dan sektor awam di negara-negara yang mengambil bahagian.
Bagi tahun ini, 10 negara yang dikategorikan sebagai bersih rasuah ialah Denmark (9.3), New Zealand (9.3), Sweden (9.3), Singapura (9.2), Finland (9.0), Switzerland (9.0), Iceland (8.9), Belanda (8.9), Australia (8.7) dan Kanada (8.7).
Mengulas lanjut mengenai kedudukan CPI negara, Ramon berkata, markah sederhana yang diperoleh itu perlu dijadikan peringatan kepada kerajaan bahawa ia perlu melaksanakan janji-janji yang dibuat dalam membanteras rasuah.
Katanya, antara langkah yang patut dilakukan untuk memperbaiki persepsi rasuah terhadap kerajaan Malaysia ialah mengekang politik wang, menjadikan urusan pembelian oleh kerajaan lebih telus dan merombak Akta Rahsia Rasmi….

Ulasan: Sejak merdeka kerajaan BN/UMNO mengajar rakyat mengamalkan rasuah. Dari keadaan yang hampir sempurna semasa merdeka hingga menjadi amalan biasa bagi sebahagian rakyat kini. Jangan salahkan parti pembangkang.

Jangan jual undi - Tun Mahathir
JITRA 23 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan rakyat supaya tidak 'menjual' undi masing-masing tidak kira sama ada dalam pemilihan parti yang mereka sertai atau pada pilihan raya kecil serta umum.
Beliau yang pernah memimpin negara selama 22 tahun berkata, setiap undi itu tidak ternilai harganya dan hanya pemimpin yang berhak sahaja layak menerimanya.
"Kita harus ingat kalau kita jual undi, percayalah suatu hari nanti orang asing akan menjajah kita semula. Kita akan hilang kuasa untuk memilih kerajaan sendiri.
"Kalau ada sesiapa yang cuba membeli undi kita, ingatlah harga undi itu tidak dapat ditentukan nilainya kerana melalui undi itulah, yang boleh menyelamatkan diri, bangsa dan agama kita," katanya…

&

Politik wang akan bawa masalah besar 
MUAR 24 Sept. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan ahli UMNO bahawa amalan politik wang atau pelbagai bentuk rasuah politik yang menular sekarang boleh mendatangkan masalah besar kepada parti yang bakal mengadakan persidangan di peringkat bahagian mulai 9 Oktober ini.
Justeru, beliau menegaskan, jika masalah itu tidak diperangi secara habis-habisan dari sekarang, ia memberi kesan yang cukup teruk kepada ahli dan parti.

Ulasan: Senang sahaja, pinda sahaja undang-undang tubuh UMNO supaya BPR boleh bertindak bila terdapat dakwaan politik wang @ rasuah politik. Kita terpaksa menerima kehebatan BPR untuk menyiasat kes rasuah. Syor bila terbukti salah, sia hukum dan jangan benarkan dia bertanding selama lima tahun.

Pertubuhan pertahan hak Melayu ditubuh
HULU KLANG 23 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 12 September lalu akan menjadi benteng terakhir bagi mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam di negara ini.
Presiden Penajanya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pertubuhan tersebut akan mempertahankan Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu sebagaimana termaktub di bawah Akta 153 sebagai Undang- Undang Tertinggi Negara (Supreme Law of The Land) dalam Perlembagaan.
Beliau menegaskan, pertubuhan itu yang berpaksi kepada perjuangan 'Pribumi Perkasa Negara' turut mendaulatkan asas-asas Perlembagaan yang sejak akhir-akhir ini telah diganggu-gugat.
''Terlalu banyak perkara yang disentuh sekarang ini bukan sahaja Akta 153 tetapi juga Akta 152, begitu juga dengan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.
''Kerana itu, pada saya pertubuhan ini akan memainkan peranan penting sebagai benteng terakhir untuk mempertahankan agenda Melayu-Islam,'' katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama pertubuhan itu dan majlis berbuka puasa bersama media di sini semalam…

Ulasan: Ingat bahawa sejarah manusia akan berulang. Orang Melayu dan mana-mana bangsa punakan menjadi sejarah apabila tidak taat kepada Allah. 

No comments: