Wednesday, September 03, 2008

Jalin kerjasama umara, ulama

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu golongan umara (pentadbir) dan ulama menjalinkan kerjasama lebih rapat supaya segala isu berkaitan Islam dapat diselesaikan secara lebih menyeluruh.
Perdana Menteri berkata, langkah itu juga mampu mengelakkan perbalahan serta pergeseran di kalangan umat Islam apabila timbul sesuatu isu.
Menurutnya, semua pihak harus sedar bahawa kedua-dua golongan terbabit sangat berpengaruh dalam struktur organisasi masyarakat.
"Saya yakin gabungan umara dan ulama mampu menghasilkan sesuatu yang amat bermanfaat bagi kesejahteraan ummah kerana masing- masing mempunyai pengaruh yang cukup besar di dalam masyarakat.
"Pendapat ulama tidak boleh diketepikan kerana merupakan pihak yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Islam manakala umara merupakan golongan yang diberi kepercayaan untuk memimpin. Kita amat memerlukan gabungan kedua-dua pihak ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Perjumpaan dan Dialog Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini…

Ulasan: Bila negara menyaksikan setakat ini telah dua kali umara hadir Majlis Kalungan Bunga Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan walaupun ulama telah mengharamkannya, rakyat tertanya-tanya kenapa cakap tak serupa bikin?

Pasukan komando dihantar lindungi kapal MISC di Teluk Aden
KUALA LUMPUR 2 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, kerajaan telah menghantar kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan pasukan komando ke Teluk Aden berhampiran perairan Somalia dan Yemen bagi melindungi empat buah kapal MISC Bhd. (MISC) di kawasan tersebut.
Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan itu selari dengan undang-undang antarabangsa bagi memastikan keselamatan dan tidak ada lagi kapal milik syarikat negara ini dirampas oleh lanun…

Ulasan: Jangan hanya jadi hero di upacara tahunan. Selamat menjaga hak negara.

Letupan disangka mercun, rupanya tembakan bunuh bapa
BUKIT MERAH 2 Sept. - Anak bongsu kepada Timbalan Ketua UMNO Cawangan Bukit Merah yang ditembak mati dari jarak dekat di hadapan Sekolah Menengah Gunung Semanggol pagi ini, tidak menyangka bunyi letupan yang disangkanya mercun adalah tembakan yang membunuh bapanya…

Ulasan: Bila keamanan dan keselamatan warganegara terancam, soalan yang terbit ialah di mana polis PDRM?

Jepun cari calon baru ganti PM
TOKYO 2 Sept. - Jepun mula mencari Perdana Menteri baru bagi menggantikan Yasuo Fukuda yang meletakkan jawatan serta-merta malam tadi.
Fukuda merupakan Perdana Menteri kedua yang meletakkan jawatan dalam tempoh setahun.
Perkembangan itu, sekali gus meningkatkan krisis politik di negara matahari terbit ini yang turut berdepan dengan krisis ekonomi…

Ulasan: PM di negara maju boleh letak jawatan serta-merta. Orang kita pula akan mempertahankannya seboleh mungkin. Cara berfikir kita jauh berbeza.

Burj Dubai capai ketinggian 688m
DUBAI 2 Sept - Burj Dubai, menara yang sedang dibangunkan di sini oleh Emaar Properties, telah mencapai ketinggian terbaru - 688 meter.
Menara itu yang kini mempunyai lebih 160 aras juga dicatatkan mempunyai bilangan aras paling banyak di mana-mana bangunan, kata pemajunya dalam satu kenyataan.
Kini, kira-kira 7,500 pekerja profesional dan mahir sedang bertugas di tapak pembinaan Burj Dubai itu.
Projek Burj Dubai bernilai AS$20 bilion itu turut menempatkan hotel premium, kemudahan perniagaan yang eksklusif, kawasan kediaman moden, pusat membeli-belah dan kemudahan hiburan….

Ulasan: Kita berbangga dengan kepakaran yang di miliki oleh orang lain. Kita mungkin hanya ada duit…

No comments: