KOTA BHARU 10 Sept. - Fenomena hubungan seks bebas bagi membuktikan cinta sehingga melahirkan anak luar nikah kini cukup membimbangkan kerana jumlahnya kian meningkat. Penyelaras Unit Pembangunan Kesihatan Wanita Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zaharah Sulaiman berkata, gejala itu berlaku kerana ada kaitannya dengan kekeliruan golongan remaja tentang cinta daripada pandangan Islam dan kejahilan terhadap aspek reproduksi.
"Ia mudah menyebabkan remaja terdorong ke arah maksiat biarpun dalam usia terlalu muda sedangkan mereka akan berhadapan dengan risiko yang mungkin memusnahkan masa depan sendiri," katanya.
Dr. Zaharah berkata demikian ketika berucap pada Program Sembang-Sembang Cinta Remaja serta Kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) di Kampus Kesihatan USM di sini kelmarin. Program itu dianjurkan oleh Pusat Islam Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) bersama Pusat Bimbingan Remaja Raudhatus Sakinah Kelantan dan Jabatan Kesihatan Negeri…
Ulasan: Di mana pun, pergaulan bebas (iaitu pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal nikah, free mixing) biasanya akan membawa kepada seks bebas (free sex). Teman lelaki kebiasaannya tahu too well apa yang boleh di manfaatkan dari seorang wanita. Kadang-kadang teman wanita pula bersikap terlalu lurus atau bodoh sombong. Sikap yang akhirnya yang mengundang kecelakaan. Kebiasaannya lelaki akan bersabar melayan kegemaran teman wanitanya kemudian dia akan mendapat segala-galanya seperti harta rampasan perang.
Apabila teman wanita sudah menyerahkan singgahsana kehormatan dirinya untuk diteroka dan dinikmati oleh teman lelakinya tanpa nikah yang sah bererti telah berzina (iaitu telah melakukan persetubuhan @ seks tanpa nikah). Kebiasaannya secara perlahan-lahan teman lelaki akan menghilang seumpama pemain silap mta terkenal David Copperfield. Tinggallah wanita dengan seribu kenangan mengusik jiwa untuk menempuh jalan kesedaran bahawa seks bebas BUKAN bukti cinta. Atau akan terus merosakkan dirinya dan orang lain. Di mana jua, pergaulan bebas dan seks bebas hanya merendahkan martabat wanita. Jagalah kesucian diri kerana zina adalah salah satu perkara yang di larang oleh agama kita walaupun di paksa. Anda Bijak Jauhi Zina merupakan ajakan yang membina yang sewajarnya kita bersama-sama menyemarakkannya.
No comments:
Post a Comment