Tuesday, September 23, 2008

Ahli UMNO diingat jaga parti

KOTA BHARU 22 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli UMNO supaya menjaga parti ketika ada pihak-pihak tertentu yang membuat bermacam helah serta rancangan untuk memporak peranda parti itu…

Ulasan: Jagalah UMNO sekiranya UMNO sungguh-sungguh menjaga Melayu dan memartabatkan Islam. Kalau tidak, tak payahlah jaga parti yang hanya menjadi tunggangan pemimpin yang hanya berjuang di atas nama bangsa dan agama tapi untuk mengaut harta dengan cara yang tidak sah.

Usaha sogok ahli BN lompat parti gagal
KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli perniagaan yang didakwa bersubahat dengan parti pembangkang bagi mempengaruhi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti, dipercayai tidak lagi berbuat demikian selepas kegiatan mereka terbongkar.
Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing, berkata beliau tidak lagi menerima aduan daripada Ahli Parlimen BN berhubung perkara itu…

Ulasan: Kalau benar, sudah tentu BPR akan menerkam. Bukan senang hendak jadi pembangkang sewaktu BN masih berkuasa melainkan yang sayangkan rakyat dan sentiasa berpegang kukuh kepada idealisme perjuangan untuk kebebasan dan keadilan.

Raja Petra ditahan dua tahun bawah ISA
KUALA LUMPUR 23 Sept. – Penulis blog, Raja Petra Kamaruddin dikenakan hukuman penjara dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah dituduh menghina Islam. Isterinya, Marina Lee Abdullah hari ini berkata, Raja Petra yang merupakan pengasas laman web Malaysia Today telah dihantar ke pusat tahanan di Kamunting selepas Menteri Dalam Negeri menandatangani arahan penahanan malam tadi.
“Polis berkata, suami saya telah dihantar ke Kamunting pagi ini dan dia akan ditahan di sana selama dua tahun tanpa perbicaraan,” kata Marina…

Ulasan: Hapuskan ISA kerana ISA hanyalah paspot bagi kerajaan BN untuk menahan rakyat yang tanpa perbicaraan. Rakyat setuju dengan Mufti Perlis bahawa Islam tidak memerlukan ISA kerana Islam sudah teruji hebat. Bebaskan segera semua tahanan ISA atau hadapkan mereka di mahkamah. Lawan tetap lawan...

Parti kaum Cina perlu lihat semula asal-usul BN
KUALA LUMPUR 22 Sept. - Parti MCA dan Gerakan diminta kembali menyelami asal- usul penubuhan Barisan Nasional (BN) sebelum mengambil keputusan keluar daripada gabungan tersebut. Pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berkata, mereka seharusnya tidak lupa tentang tujuan utama penubuhan BN iaitu menjamin pergaduhan kaum tidak berulang. Katanya, sepatutnya parti komponen berbincang dalam bilik mesyuarat sekiranya timbul masalah berkaitan hubungan antara kaum dan bukannya membawa masalah itu kepada orang ramai.
''Sekarang perkara sebaliknya berlaku. Masalah dibincang dengan terbuka dan ahli- ahli politik ini seolah-olah lupa asal-usul penubuhan BN. ''Mereka perlu kekal dalam BN dan selesaikan masalah dalam parti. Apa yang perlu mereka buat sekarang ialah kembali menyelami tujuan utama penubuhan BN," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini…

Ulasan: Parti Gerakan nyata tersilap masuk BN kerana Gerakan di tubuhkan bukan untuk memperjuangkan sesuatu etnik di Malaysia. Terbukti kewujudan BN gagal bila parti komponennya masing meyuarakan kepentingan bangsa sendiri.

No comments: