Thursday, September 25, 2008

Laporan polis terhadap Anwar

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Sekumpulan 20 orang wakil Badan Bertindak Gombak (BBG) membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakannya mengganggu-gugat kestabilan politik dan menimbulkan ketegangan kaum di negara ini…

Ulasan: Rakyat tidak rasa tergugat pun. Yang tentu rasa tergugat ialah BN/UMNO kerana itulah tiba-tiba wakil rakyat BN pergi bersantai di Taiwan baru-baru ini di sebalik nama lawatan sambil belajar mengenai pertanian di Tawan. Apakah semuanya akan menjadi Menteri Pertanian? Ketegangan kaum hanya modal BN untuk tangkap musuh politiknya dan hancurkan pembangkang. Yang sibuk menyalak hanyalah pemimpin UMNO dan Gerakan. Kenapa salahkan musuh?

Menteri Pengangkutan Britain letak jawatan 
LONDON 24 Sept. - Menteri Pengangkutan Britain, Ruth Kelly memaklumkan kepada Perdana Menteri, Gordon Brown beliau akan menarik diri daripada Kabinet atas alasan keluarga. Kelly berkata, beliau akan meninggalkan kerajaan kerana ingin menghabiskan masa bersama empat anaknya…

Ulasan: Nun di negara yang belum lagi maju, perletakan jawatan oleh menteri adalah yang hampir mustahil berlaku. Negara maju dan perletakan jawatan, siapa dulu?

Rais cadang kembali semula kepada cara lama
WASHINGTON 24 Sept. - Sudah tiba masanya bagi dua jawatan tertinggi dalam UMNO dipertandingkan untuk memperkukuhkan proses demokrasi dalam parti, kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim di sini pada Selasa.
"UMNO amat memerlukan proses demokrasi yang mantap dan saya berada dalam kumpulan di mana (jawatan) presiden dan timbalan presiden sepatutnya dipertandingkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat 13 ketua misi Malaysia yang ditugaskan di Amerika di Kedutaan Malaysia di sini.
"Mana-mana jawatan sepatutnya dipertandingkan - jawatan am tidak sepatutnya suci - UMNO wajar melalui proses pengembalian kepada asal, kembali kepada caranya yang lama," katanya.
Dua jawatan tertinggi parti tidak dibenarkan dipertandingkan selepas persaingan yang meninggalkan kesan mendalam pada 1987 antara penyandang presiden, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah yang menyaksikan parti berpecah.
Razaleigh selepas itu menubuhkan parti Semangat 46 yang turut disertai beberapa ahli utama parti termasuk Rais, namun kembali semula ke pangkuan UMNO pada 1996…

Ulasan: Akhirnya rasuah membelit UMNO...

No comments: