KUALA LUMPUR 17 Sept. – Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menggunakan apa sahaja cara termasuk menghancurkan politik negara bagi memastikan kemaruk kuasanya menjadi kenyataan…
Ulasan: Siapa yang sebenarnya kemaruk kuasa? Adakah seseorang yang pernah di sumbatkan ke dalam penjara menggunakan SELURUH jentera kerajaan Malaysia (bukan jentera parti BN/UMNO) yang cuba melenyapkannya kerana cuba menderhaka kepada Perdana Menteri dulu, Dr Mahathir. Beliau telah menghadapi tuduhan yang menjijikkan yang terpaksa di tukarkan tarikh berkali-kali. Juga menarik kerana beliau sebagai Menteri Kewangan ketika itu tetapi rasuah yang tsabit ialah bukan penyelewengan wang berjuta-juta tetapi sekadar menggunakan polis pengawalnya di luar bidang kuasanya. Atau seseorang atau beberapa orang yang sukar atau takut untuk memahami isyarat rakyat supaya parti yang mereput yang perjuangannya sudah tidak relevan kini.
Kini sekali lagi jentera kerajaan termasuk media memainkan peranan untuk membidasnya supaya akhirnya rakyat ternafi lagi kebebasan dan keadilan di negara ini. Jangan sangka rakyat tidur!
Penulis blog Kickdefella ditahan bawah Akta Hasutan
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Penulis blog Kickdefella yang dikatakan pernah mencadangkan supaya bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, ditahan di bawah Akta Hasutan hari ini.
Syed Azidi Syed Aziz, 38, ditahan oleh polis yang menaiki kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero putih dan bercermin gelap di rumahnya di Demit, Kota Bharu kira-kira pukul 6 petang.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini, mengesahkan penahanan itu…
Ulasan: Hapuskan ISA. Kalau benar ada dakwaan, sila bicarakan siapa saja di mahkamah. Apakah negara ini takut kerana tidak ada undang-undang? Selama ini beratus juga buat pilihan raya dan membayar wakil rakyat pun masih ada undang-undang yang lompong?
Kita tidak minta kena ISA. Tapi bila kena cekup juga kerana polis memang pakar bertauliah...kita perlu bersabar menghadapi risiko perjuangan. Semoga Sheih Kickdefella dapat bersabar dengan kerenah detik-detik terakhir kerajaan BN/UMNO. Berzikirlah, berdoa dan bersolatlah. Ingatlah doa dari yang di zalimi. Semoga berjaya menghadapi deraan mental dari kumpulan POLIS (pegawai penyiasat dan SB).
Kami mendoakan Sheih Kickdefella menang dalam permainan politik kotor BN ini dan berjaya menjadi graduan ISA bersinar seperti Mat Sabu, Lim Kiat Siang, Syed Hussin dan Pak Abu (Abu Urwah) serta lain-lain yang terus berjuang untuk rakyat. All the best...
No comments:
Post a Comment