Friday, September 12, 2008

Trend jenayah ganas membimbangkan

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Kematian seorang suri rumah yang ditikam dan dikelar penjenayah di rumahnya di Shah Alam kelmarin adalah antara kes yang menunjukkan trend jenayah pecah rumah melibatkan kekerasan dan bunuh semakin membimbangkan kebelakangan ini.
Tidak seperti dalam kes-kes seumpamanya beberapa tahun sebelumnya, kini penjenayah kes pecah rumah makin agresif dan bersenjatakan pistol automatik dan semiautomatik selain pisau serta parang.
Buktinya, pada 2 September lalu, enam orang yang ditembak mati iaitu empat di Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam dan dua lagi di Changlun, Kedah adalah penjenayah berbahaya yang diburu polis kerana terlibat banyak kes jenayah samun bersenjata dan pecah rumah di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Mengikut statistik pula, 33,599 kes pecah rumah dilaporkan pada 2007 meningkat 4,727 kes berbanding 28,872 kes pada 2006, manakala sehingga sembilan bulan pertama 2008, polis tidak menolak kemungkinan angkanya akan terus meningkat.
Menyedari peningkatan kes pecah rumah dan trend menggunakan kekerasan termasuk membunuh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang ditemui Utusan Malaysia semalam, mengakui ia suatu cabaran kepada pasukan polis.
Jelasnya, penjenayah sekarang terutama melibatkan penjenayah warga asing merupakan golongan yang kejam, rakus dan begitu berani bertindak liar di luar jangkaan polis dan mangsa, iaitu tidak sama seperti penjenayah dahulu…

Ulasan: Dimanakah kelemahan PDRM sehingga jenayah menjadi-jadi? Semak balik analisis SWOT untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada semasa dan masa depan. Apakah infrastruktur yang ada tidak cukup? Atau modal insan? Keselamatan rakyat mesti di martabatkan. Maaf, PDRM (mungkin sesuatu bahagian) nampak hebat memburu rakyat yang cintakan bebas dan adil yang menghadiri perhimpunan aman...

Rampas kapal: ATM sedia bertindak
KUALA LUMPUR 11 Sept. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya rundingan untuk membebaskan anak kapal MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5, milik MISC, yang dirampas lanun di Teluk Aden tidak mencapai kata sepakat.
Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, ATM hanya akan bertindak sekiranya diberi arahan atau atas permintaan MISC.
Beliau berkata kapal-kapal TLDM iaitu KD Lekiu, KD Inderapura dan KD Mahawangsa, yang dihantar ke perairan terbabit, mempunyai bilangan anggota dan aset yang mencukupi untuk bertindak, sekiranya diberi arahan…

Ulasan: Selamat berjuang Komando PASKAL untuk mempertahankan harta negara. Selamanya ini rakyat hanya lihat kehebatannya di dalam pertunjukan saja.

Ramadan bulan rancang ekonomi
KUANTAN 11 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu umat Islam di negara ini menjadikan Ramadan sebagai bulan terbaik untuk merancang ekonomi ketika menghadapi kenaikan harga minyak dan barangan.
Perdana Menteri berkata, mengikut ajaran Islam, Ramadan merupakan bulan yang amat sesuai bagi umat Islam merangka ekonomi dan mengelakkan pembaziran…

Ulasan: Begitulah juga dengan kerajaan. Elakkan pembaziran wang rakyat sepanjang masa.

Tiada tapisan ke atas Internet
PUTRAJAYA 11 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, kerajaan akan tetap dengan dasar tidak mengenakan sekatan dan penapisan ke atas kandungan Internet. 
Perdana Menteri berkata, kerajaan hanya akan mengambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan Internet atau perbuatan yang menyalahi undang-undang negara. 
''Kita tidak akan sekat Intenet tetapi sekiranya ada yang salah guna dan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang, kita akan mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia Ke-20 di sini hari ini…

Ulasan: Penulis wajar menulis yang baik-baik sahaja untuk kebaikan negara kita dan rakyat tanpa takut dan tidak mengharapkan apa-apa. Jom menulis dan sebarkan ilmu.  

Dua NGO serah memorandum bantahan
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Seramai 15 orang mewakili dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum bantahan kepada Parti Gerakan, DAP, MCA dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung cubaan parti-parti terbabit mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini.
Presiden Gerakan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili kumpulan tersebut berkata, pihaknya menentang keras sebarang pencabulan terhadap fakta sejarah dan permohonan maaf yang dirasakan tidak perlu dibuat orang Melayu.
Sehubungan itu, beliau yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Pembela Perlembagaan Persekutuan (PPPP) mendesak semua pihak segera menghentikan sebarang tindakan untuk mempersoalkan hak-hak orang Melayu.
''Kita tentang sebarang anasir yang menafikan ketuanan Melayu serta cubaan memperlekehkan agama Islam di dalam negara ini.
''Kita juga tidak mahu mana-mana pihak mempersendakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya…

Cari jalan pulih politik Melayu
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Kongres Kebangsaan Masa Depan Melayu yang julung kali diadakan bulan depan diharap mampu memulihkan kuasa politik orang Melayu yang dilihat semakin lemah, di samping menyatupadukan Melayu secara keseluruhan.
Pengerusi penganjuran Kolonel Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, kongres pada 21 dan 22 Okt itu akan mengumpulkan semua resolusi yang akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi dipertimbangkan untuk pelaksanaan…

Ulasan: Untuk kita menjadi kuat, kita kena balik kepada asas iaitu berpegang strict dengan agama yang Allah turunkan kepada Rasulullah s.a.w. Kehebatan kita hanya dalam mengamalkan Islam.

Tanah kubur sesuai di bawah talian elektrik
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Kerajaan negeri dicadang mewujudkan perkuburan Islam di bawah talian elektrik bervoltan tinggi bagi mengatasi masalah tanah perkuburan di Selangor yang semakin terhad.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ia lebih sesuai berbanding cadangan untuk mewujudkan perkuburan bertingkat yang memerlukan kos tinggi selain mendapat bantahan para waris.
Beliau berkata, kawasan di bawah talian sekiranya dibiarkan akan hanya menjadi tempat perniagaan besi buruk atau kewujudan lebih banyak setinggan…

Ulasan: JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan eloklah mengkaji hal ini.

Tol raya: Percuma atau potongan 50%
KUANTAN 11 Sept. - Syarikat-syarikat konsesi lebuh raya di negara ini dicadangkan memberi tol percuma atau potongan 50 peratus kepada pengguna jalan raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. 
Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia, Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pemberian tol percuma atau potongan tersebut perlu sebagai tanda terima kasih kepada pengguna yang selama ini banyak menyokong mereka. 
"Kita cadangkan tol percuma atau sekurang-kurangnya potongan 50 peratus diberikan kepada pengguna selama tiga hari iaitu sehari sebelum, pada hari raya dan sehari selepas hari raya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini…

Ulasan: Syarikat yang melihat ke depan akan sentiasa mengalukan idea daripada pelanggan. Bukan untung hari ini sahaja tetapi masa depan bila syarikat di sayangi pelanggan kerana bermurah hati.

Beli ladang untuk selamatkan sungai utama 
CANBERRA 11 Sept. - Sebuah ladang kapas dengan keluasan melebihi saiz Singapura dan menggunakan berbilion liter air setahun telah dibeli oleh kerajaan Australia demi menyelamatkan sebatang sungai penting daripada kering dan menjadi ancaman perubahan iklim. Ladang Toorale Station seluas 910 kilometer persegi di barat New South Wales dijual kepada negara dan kerajaan negeri pada harga AS$19 juta (RM66 juta), sehari sebelum ia dilelong.
Pembelian itu akan membolehkan 20 gigaliter air atau bersamaan dengan 20,000 kolam renang Olimpik, dialirkan semula kepada Sungai Darling iaitu satu daripada dua sungai di Lembangan Murray-Darling yang menempatkan hampir separuh industri pertanian negara ini…

Ulasan: Kerajaan maju mengutamakan negara dan rakyat. Kerajaan negara yang kurang maju pula biasanya mengutamakan pemimpin politik dan kroni. Dua haluan pemikiran yang berbeza menyebabkan kita berbeza.

Titah Tengku Mahkota Pahang kepada Umno 
Dalam satu kenyataannya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahukan Umno melakukan usaha bagi mengukuhkan institusi Raja-Raja Melayu dalam meningkatkan peranannya selaku penaung dan pelindung orang Melayu dan agama Islam.  
Baginda bertitah, "Bukannya kita hendak kuasa lebih tetapi kita perlu kaji supaya institusi ini tidak boleh diperkotak-katik, dipersenda atau diperkecilkan oleh mana-mana pihak"…(Harakah, 12/8/08).

Ulasan: Apakah yang di harap dari UMNO yang akan pupus? Ingatlah bahawa UMNO sewaktu kehebatannya dulu telah meminda perlembagaan berkali-kali yang menyebabkan institusi Raja-Raja Melayu semakin hilang bisanya kini.

No comments: