Sambil menegaskan keputusan BNBBC mengadakan pemukiman di luar negara tidak mempunyai kaitan dengan cubaan untuk menubuhkan kerajaan oleh pakatan pembangkang, beliau berkata, perbuatan 'membeli' Ahli Parlimen BN memusnahkan prinsip demokrasi berparlimen. Semalam, seramai 49 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berlepas ke Taiwan bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di kepulauan itu…
Ulasan: Gara-gara parti kerajaan menjadi sangat takut kepada Pakatan Rakyat yang tidak punya apa-apa melainkan prinsip bebas dan adil.
Kendurkan ketegangan dalam negara
PUTRAJAYA 9 Sept. - Kerajaan menyeru rakyat supaya terus melangkah ke depan dan melaksanakan kekangan bagi mengendurkan ketegangan di negara ini ekoran beberapa kenyataan berapi oleh ahli-ahli politik dan pengulas tertentu dalam dua minggu lepas.
Ulasan: Operasi Lalang dulu menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas. Sebaliknya pemimpin pembangkang yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting Taiping selama 2 tahun atau lebih. Setakat ini angkara berlaku sesama parti komponen BN. Tidak hairanlah ISA menjadi buta di tengah hari.
Veteran Umno cadang parti pecat anggota terbabit rasuah politik
ALOR STAR: Seorang veteran Umno mencadangkan agar parti itu memecat mana-mana anggotanya yang terbabit dalam rasuah politik tanpa mengira kedudukan mereka.
“Kalau orang sudah dapat penyakit barah, bahagian yang dijangkiti perlu dibuang terus, tidak boleh simpan lagi. Kalau dalam Umno, ahli yang terbabit dengan politik wang perlu dipecat, tidak kira apa pangkat mereka,” kata Tan Sri Khalid Abdullah.
Katanya jika Umno takut mengambil tindakan menyingkir anggota-anggota sedemikian, gejala itu akan terus berleluasa dan ini akan menghancurkan parti sekali gus memberi kesan negatif kepada bangsa dan negara…(BH, 10/9/08).
Ulasan: Susah juga nanti semua terbabit atau terpalit atau sedikit sangat yang tidak terpalit.
Tun Mahathir mahu sertai semula Umno
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk menyertai semula Umno bagi membantu mengukuh dan meningkatkan keyakinan rakyat kepada parti itu dan Barisan Nasional (BN).
Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan itu dibuat Dr Mahathir selepas beliau sendiri memujuk dan mencadangkan supaya bekas Presiden Umno itu mempertimbangkan untuk kembali bersama Umno...(BH, 10/9/08).
Ulasan: Apakah hati rakyat masih sayang kepada BN yang telah merosakkan negara ini
dengan kebobrokannya selama ini? BN/Umno telah hilang arah perjuangannya kerana tertipu bila di uji dengan takhta, harta dan wanita.
Belia bersih masjid seluruh Arab Saudi
JEDDAH: Bagi memastikan golongan belia Arab Saudi melakukan kerja kebajikan, sebuah pertubuhan belia tempatan menganjurkan kempen membersihkan masjid di seluruh negara pada bulan Ramadan.
Kempen bertajuk 'Bersama - Membersihkan Masjid' dianjurkan organisasi belia Arab Saudi, Kingdom Youth bagi tahun ketiga berturut-turut...
Ulasan: Tanggungjawab membersihkan dapat di susun setiap minggu kerana ramai di dalam sesuatu qaryah masjid. Bermula dengan membersihkan masjid kemudian tempat lain.
No comments:
Post a Comment