Tuesday, September 23, 2008

Bahaya jika semua parti kaum Cina sokong pembangkang

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai hari ini mengingatkan masyarakat Cina tentang bahaya jika semua parti berasaskan kaum Cina berpihak kepada pembangkang dan hanya parti berasaskan orang Melayu menjadi parti memerintah. Senario itu, jelas beliau, sudah pasti akan mewujudkan ketegangan dan mencetuskan suasana tidak baik kepada perniagaan dan ekonomi.
Menurut beliau, dalam sebuah negara yang masyarakatnya berbilang kaum seperti Malaysia, pentadbiran kerajaan perlu melibatkan pelbagai kaum bagi mengekalkan keamanan…

Ulasan: Demikian pendapat seorang pemimpin politik yang berjuang di atas dasar bangsa. Perjuangan sedemikian sudah lupus kerana sejarah 51 tahun merdeka menunjukkan parti-parti yang tegak membela etnik/bangsa tertentu tidak akan membawa apa-apa melainkan dendam kesumat kepada bangsa lain. Malaysia Baru akan menjelma yang berprinsipkan kebebasan dan keadilan. Negara Madinah terdiri dari pelbagai etnik tetapi persaudaraan mereka rapat.

PM Israel letak jawatan
BAITULMAQDIS 21 Sept. - Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengumumkan peletakan jawatan dalam satu mesyuarat Kabinet hari ini, namun ketidakpastian politik yang menyelubungi Israel mungkin terus berlanjutan selama beberapa bulan.
Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung, Olmert menyatakan bahawa apa yang dilakukannya adalah "sesuatu yang patut dilakukan menurut pentadbiran yang baik."
Walaupun Parti Kadima sepakat memilih Menteri Luar, Tzipi Livni untuk menggantikan Olmert dalam undian yang dijalankan pada minggu lalu, Livni tidak menjadi Perdana Menteri secara automatik.
Livni mempunyai masa 42 hari untuk membentuk kerajaan perikatan baru dan jika gagal berbuat demikian, Israel akan melalui pilihan raya umum tiga bulan kemudian…

Ulasan: Pemimpin yang sayangkan negara akan meletakkan jawatan bila terbukti belot. Pemimpin kita pula akan berhempas pulas mempertahankan kedudukannya. Menjadi pemimpin adalah amanah bukan ghanimah (harta rampasan perang). Bila minda kita boleh menjadi minda dunia maju?

No comments: