Wednesday, October 29, 2008

Lebih 250,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah mengeluarkan 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari 2000 hingga Julai lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pendaftar tidak boleh mencatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf iaitu anak-anak luar nikah, kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299…(BH, 29/10/08).

Ulasan: Kebiasaannya seseorang perempuan mengandung dan melahirkan tanpa bapa yang sah adalah angkara zina, persetubuhan tanpa nikah yang sah, yang merosakkan zuriat manusia zaman berzaman. Sewaktu di buai nafsu tidak ramai yang meninggalkan zina. Keseronokan hanyalah sekejap. Kita anak halal jangan sampai bertanggung jawab terhadap kelahiran anak haram. Anda Bijak Tidak Berzina. Apakah ada pemimpin BN/UMNO yang mengambil berat dengan moral generasi pelapis ?

Pelajar maut cuba bantu mangsa ragut
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut ketika cuba menolong seorang wanita mangsa ragut, apabila motosikalnya diterajang peragut terbabit, di Jalan Kinabalu, berhampiran Menara Daya Bumi, di sini, awal pagi ini.
Ketika kejadian jam 5.40 pagi, mangsa yang juga pekerja sambilan sebuah restoran makanan segera sedang berehat apabila melihat mangsa cuba diragut seorang lelaki…(BH, 29/10/08).

Ulasan: Semoga Allah membalas jasamu. Jangan biarkan jenayah bermaharajalela.

Pendatang asing bawa malaria ke Pulau Pinang
GEORGETOWN: Pendatang asing dikesan sebagai punca utama yang membawa kepada peningkatan bilangan kes malaria di negeri ini kepada 134 kes dalam sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 54 kes tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh, berkata sebanyak 114 kes atau 85 peratus daripada 134 kes adalah dari kalangan pendatang asing.
Beliau berkata kes membabitkan mereka yang bekerja di sektor pertanian dan pembinaan dan hampir semuanya membabitkan pendatang tanpa izin dari Myanmar…(BH, 29/10/08).

Ulasan: Syorkan supaya diadakan pemeriksaan yang lebih ketat untuk menyelamatkan masalah masuk ke negara kita.

K

No comments: