Wednesday, October 29, 2008

Tunda beli Eurocopter

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguhkan pembelian helikopter Eurocopter EC725 sebagai langkah berjimat cermat berikutan krisis kewangan dunia. 
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, keputusan itu akan membolehkan perbelanjaan pembelian yang keseluruhannya bernilai RM1.67 bilion disalurkan untuk projek lain yang boleh memberi faedah secara langsung kepada rakyat tanpa kerajaan membuat sebarang pinjaman baru…

Ulasan: Kalaulah semua orang lurus dan soleh memang betullah bila PM berkata, “Saya tidak percaya berlaku penyelewengan kerana pemilihan Eurocopter dilakukan melalui tender terbuka dan banyak syarikat terlibat.” Tapi pemerintahan BN selama ini, semenjak merdeka, melahirkan ramai manusia yang cinta dunia, asalkan dapat apa pun jadi terutama menghabiskan wang rakyat. Eloklah di siasat habis-habisan sebelum menyerahkan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang rakyat tahu betapa liciknya dulu. 

Pemilikan ekuiti Melayu hanya 19 peratus
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Pencapaian bumiputera dalam pemilikan ekuiti syarikat senaraian awam setakat ini baru mencapai 19 peratus, jauh daripada 30 peratus yang disasarkan sewaktu Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan kerajaan pada 1970.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, sehubungan itu cadangan agar syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam dimansuhkan tidak boleh diterima sama sekali.
‘‘Sebelum mengutarakan cadangan begitu, pihak-pihak berkenaan harus mengkaji kedudukan ekonomi kaum Melayu dan bumiputera terlebih dahulu,’’ katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Meraikan Kejayaan GiatMara di sini hari ini…

Ulasan: Inilah hasil kerja UMNO yang kita selama memegang pucuk kuasa di Negara kita. Tiga puluh tahun terbazir sedangkan pemilikan ekuiti Melayu hanya 19 peratus. Kebanyakan yang kaya dan banyak harta ialah pemimpin politik UMNO. Terbukti kalau pemimpin cinta dunia, habis duit Negara.

Pelajar maut digilis trem
JOHOR BAHRU 28 Okt. – Kegembiraan satu keluarga menyambut Deepavali di Teluk Danga dekat sini bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang anggota keluarga mereka maut digilis trem.
Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan St. Joseph di sini dipercayai terjatuh daripada tempat duduknya sebelum digilis satu daripada dua gerabak trem itu dan cedera parah di kepala…

Ulasan: Apakah amalan keselamatan dari syarikat yang menyediakan trem? Fikirkan menuntut pampasan kerugian supaya tidak berlaku lagi di masa depan
.
Melamin dalam makanan ternakan?
BEIJING 28 Okt. - Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menggesa China supaya mendedahkan jika melamin yang ditemui dalam produk tenusu, turut digunakan dalam makanan ternakan dan makanan lain.
Pegawai Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB, Zhang Zhongjun berkata, kebimbangan meningkat mengenai bahan kimia itu turut digunakan dalam ternakan seperti ikan dan daging, selepas ia dikesan dalam telur ayam yang dijual di Hong Kong.
Katanya, Kementerian Pertanian China sedang menyiasat kemungkinan melamin turut digunakan dalam makanan ternakan.

Ulasan: Angkara menipu untuk mengejar keuntungan dengan memasukkan melamin ke dalam makanan bagi meningkatkan kandungan protein dilakukan oleh pengeluar produk tenusu. Hasilnya membahayakan pengguna dan merosakkan imej syarikat kita. Pengguna membayar tapi produk yang membahayakan diri.


Lebih 11,000 subkontraktor rugi RM1b ditipu – Perkem
KUALA LUMPUR 28 Okt. - Persatuan Kontraktor Elektrikal, Elektronik dan Mekanikal Melayu Malaysia (Perkem) mendedahkan lebih 11,000 subkontraktor mekanikal, elektrik dan elektronik (MEE) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sejak 1987 kerana menjadi mangsa ditipu kontraktorkontraktor utama.
Sehubungan itu, banyak projek binaan dan pemasangan MEE terbengkalai di seluruh negara disebabkan para subkontraktor tidak mendapat bayaran seperti yang dijanjikan.
Presidennya, Mohsen Hasbollah berkata, kontraktor utama yang terlibat didapati bersikap terlalu tamak dan tidak membayar hasil kerja yang dilaksanakan subkontraktor yang dilantik itu.
Katanya, perkembangan itu amat membimbangkan dan ia menyebabkan banyak subkontraktor terpaksa 'gulung tikar' kerana tidak mempunyai pusingan modal dan tidak mempunyai keuntungan…

Ulasan: Jangan mungkir janji. Kalau tabiat pembelit dan susah bayar hutang lebih baik jangan jadi kontraktor. Bayar yang seperti apa yang di janjikan pada tempohnya. Kita seronok berniaga tapi sukar bayar hutang, lambat laun akan perniagaan tutup dan kena jawab di akhirat.

No comments: