Friday, June 30, 2006

Paras asid borik mi Hokkien paling tinggi

PULAU PINANG 29 Jun - Kepada penggemar mi Hokkien, anda perlu berhati-hati atau berhenti terus dari mengambil makanan itu kerana ia mengandungi paras asid borik paling tinggi iaitu 33 peratus. Asid borik dilarang penggunaannya kerana ia boleh menyebabkan penyakit kanser dan menjadi antara punca kaum lelaki mengalami kemandulan. Ia adalah bahan yang digunakan untuk kawalan serangga, pengawet kayu dalam industri perabot, kaca dan bidang perubatan serta dilarang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Ulasan: Wahai pengguna di seluruh dunia termasuk di Malaysia, bebaskan dirimu dan keluargamu dari pengusaha yang tidak berhati perut yang sanggup buat untung dari jualan makanan beracun.

Berhati-hati bila membeli, jangan bawa balik makanan beracun untuk keluargamu.

Pelajar, pensyarah universiti diberi penerangan

JAKARTA 29 Jun - Kementerian Pengajian Tinggi akan memberi penerangan kepada pelajar dan pensyarah universiti mengenai rasional keputusan kerajaan membatalkan projek jambatan menggantikan Tambak Johor dan penjualan saham syarikat MV Agusta oleh Proton.
Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pensyarah dan pelajar perlu mendapat maklumat jelas tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu.

Ulasan: Mungkin ada sebilangan kecil pelajar dan pensyarah universiti yang tidak membaca secara meluas dan tidak menggunakan akal terhadap politik tanah air yang perlu penerangan yang resmi. Dalam hal semudah ini, sepatutnya pelajar dan pensyarah universiti mampu fikir dan cari maklumat bebas sendiri…

Jusuf Kalla sokong nikah cara mutaah

JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berpendapat tidak salah bagi lelaki Arab membayar wanita tempatan untuk berkahwin sekalipun mereka bertindak menceraikan isteri beberapa hari atau jam kemudiannya...

Ulasan: Ini terjadi bila pelancongan (baca: duit) di utamakan melebihi dari maruah bangsa. Maruah punah bila berdepan dengan duit. Jangan lupa kita dulu bercita-cita untuk menjadi menteri untuk selamatkan maruah bangsa, bukan untuk cari duit... Benarlah sabda Rasul s.a.w, bermaksud : "Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa".

Menteri Hamas ditahan: Tindakan Israel dianggap perang terhadap penduduk Palestin

BAITULMAQDIS: Israel memperluaskan operasi ketenteraannya ke atas kerajaan pimpinan Hamas dengan melakukan tangkapan besar-besaran ke atas menteri, pegawai kanan, ahli perundangan dan anggota pergerakan itu sebelum subuh semalam. Tentera Zionis melancarkan operasi besar-besaran ke atas pegawai Hamas dengan menahan 64 menteri dan ahli Parlimen di Tebing Barat dan 23 anggota pejuang Hamas.

Ulasan: Ini untuk menunjukkan kepada dunia bahawa negara haram Israel memang hebat dalam perencanaan menculik (kidnapping)...

‘Pihak ketiga mungkin pengaruhi Dr Mahathir’

PUTRAJAYA: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menolak kemungkinan sesetengah ahli perniagaan yang tidak lagi mendapat sebarang habuan, mempengaruhi Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengkritik pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, golongan terbabit yang mungkin mendapat pelbagai projek ketika era Dr Mahathir, berusaha melakukan sesuatu dengan menggunakan bekas Perdana Menteri itu untuk menegur kepemimpinan sekarang.

Ulasan: Susah kita nak terima bahawa statesman macam Dr M tidak boleh bertindak sendiri? Nampaknya politik BN/UMNO di pengaruhi oleh ahli perniagaan yang tak pandai berniaga. Hujungnya siapakah akan membela Islam dan Melayu? Yang sudah pasti bukannya UMNO...

‘Tak luluskan jualan kereta’

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid berkata, beliau tidak pernah meluluskan penjualan kereta sejak mengetuai jabatan itu kira-kira sembilan bulan lalu.

Ulasan: Berani kerana benar. Tunggu sehingga di siasat oleh BPR. Lagi pun KDRM pun bukan berusia 9 bulan...

Wednesday, June 28, 2006

6 pegawai Jabatan Pelajaran terima suapan

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, semalam menafikan dakwaan Jabatan Pelajaran mencatatkan kes rasuah teringgi di kalangan jabatan kerajaan.

Ulasan: Kalau boleh, berilah orang lain buat kenyataan mengenai rasuah. Rakyat rata-rata menjadi keliru dan di kepala masing-masing tertanya-tanya: apa cerita isu permit teksi dulu?

Kementerian Kewangan tentukan tender

LEMBAGA Tender Jabatan Kerja Raya (JKR) mencadangkan Ireka Construction Sdn Bhd diberikan projek pembinaan bangunan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) kepada Kementerian Kewangan tetapi kementerian itu memutuskan memberikan projek terbabit kepada Perangsang International Sdn Bhd (PISB).

Ulasan: Dalam keadaan biasa, orang yang bertanggung jawab dalam penilaian tender sesuatu projek ialah juruukur bahan. Selalunya juruukur bahan berhati-hati mengesyorkan kontraktor yang betul layak mengikut ilmu yang dipelajari dari pensyarah-pensyarah dulu.. Terima kasih jurukur bahan di JKR.

Naik harga beras, Bernas tidak terlibat

SHAH ALAM 27 Jun - Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) tidak akan menaikkan harga beras walaupun terdapat beberapa pengeluar telahpun membuat permohonan kepada kerajaan untuk menaikkan harganya.

Ulasan: Kerajaan sudah naikkan harga minyak dan sudah beri izin elektrik naik harga. Satu demi satu barang akan dinaikkan harganya kalau kerajaan tak betul menanganinya. Yang terperangkap ialah rakyat yang miskin.

Tuesday, June 27, 2006

Sheikh Hassan Dahir Aweys (http://news.bbc.co.uk/2/hi/africa/5118612.stm)

The Somali cleric Sheikh Hassan Dahir Aweys was named to head a new legislative council of the Somali Supreme Islamic Courts Council - the new name for the Union of Islamic Courts says he wants any new government to rule according to Islamic law, or Sharia.

"Somalia is a Muslim nation and its people are also Muslim, 100% - therefore any government we agree on would be based on the holy Quran and the teachings of our Prophet Muhammad," Mr Aweys told the AP news agency.
But Mr Aweys told the AFP news agency he had never killed anybody.
"I am not a terrorist. But if strictly following my religion and love for Islam makes me a terrorist, then I will accept the designation."

Ulasan: Jati diri kita hak kita. Kita sebagai orang Islam, tak dapat tidak melainkan mengamalkan Islam walaupun di gelar apa saja oleh orang kafir.

Israel ancam guling Hamas

BAITULMAQDIS 26 Jun - Konflik di Asia Barat semakin tegang hari ini apabila Israel mengancam akan menggulingkan kerajaan Palestin pimpinan kumpulan militan Hamas kecuali jika askar Yahudi yang diculik oleh sekumpulan pejuang Palestin dibebaskan.

Ulasan: Semua orang tahu negara haram Zionist yang menjajah Palestin akan membuat apa saja demi survivalnya. Kalau tak di beritahu pun kita sudah mengagakkannya. Orang Islam kena sedar hal ini…

Nazri kesal Dr. Mahathir terus kritik kerajaan

KUALA LUMPUR 26 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kesal dengan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berterusan mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ulasan: Mengapa tidak kita ambil sebagai kritikan membina? Kritik ialah menyuarakan rasa hati diatas sesuatu yang berbeza dari pandangan kita. Untuk mendapat pujian senang, biasanya dilakukan oleh penyokong untuk mendapat habuan dunia.
Orang yang hebat mengalu-alukan kritikan membina sebagai jalan untuk lebih maju.

Monday, June 26, 2006

Pendidikan seks tahun depan

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran mengenai perlakuan seks, onani dan cinta mungkin menjadi sebahagian daripada sukatan pelajaran di sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan selain beberapa isu berkaitan seperti kehamilan, perkahwinan serta penyakit seksual berjangkit.

Ulasan: Kita di Timur ikut pendidikan seks di ajar di sekolah sebab telah berjaya dilakukan di Barat. Tetapi tidak pun selesaikan masalah sosial berpunca dari masalah seks bebas ekoran pergaulan bebas di kalangan rakyat Barat.

Ada beza sebelum dan selepas pendidikan seks di ajar di sekolah? Selagi manusia mengagungkan seks masalah tetap sama. Kenapa tidak gunakan pendekatan agama?

Berjihad banteras dadah?

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, usaha membasmi penyalahgunaan dadah yang membahayakan masyarakat dan negara adalah satu jihad yang perlu dijayakan seluruh lapisan rakyat Malaysia.
Perdana Menteri berkata, rakyat termasuk ahli keluarga dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mesti bekerjasama dengan kerajaan untuk menghapuskan gejala penyalahgunaan dadah.

Ulasan: Jangan hanya sibuk hanya berjihad banteras dadah tapi banteraskan juga segala jenis maksiat dalam negara termasuk dedah, rogol, dera, rasuah, arak, zina dan sebagainya.

Janganlah sekali kita lupa bahawa kita wajar berjihad sebenarnya untuk membela dan meletak Islam kembali ke persadanya dalam menyusun kehidupan manusia. Jihad yang paling besar ialah perkataan yang yang perkataan yang hak didepan pemerintah yang zalim.

Buffett giving billions to Gates charity (AP Business Writer)

OMAHA, Neb. - The world's second-richest man, Warren Buffett, became one of the world's biggest philanthropists Sunday with the announcement that he would bequeath the bulk of his roughly $44 billion fortune to the foundation established by billionaire Bill Gates and his wife.

Ulasan: Sudah ramai orang Melayu menjadi jutawan tapi kenapa takut menjadi penderma? Duit kita sebenarnya apa yang kita belanjakan bukan duduk di akaun kita. Bukankah rezeki itu milik Allah? Kalau kita berikan kepada orang/institusi yang susah/miskin, tentu Allah akan berikan lagi dan lagi... Try, baru tahu.

Friday, June 23, 2006

Jenayah rogol di Kelantan makin serius

KOTA BHARU: Polis Kelantan mendapati kes rogol membabitkan gadis bawah 16 tahun, termasuk pelajar di negeri ini kini mencapai tahap paling serius.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata bagaimanapun, kebanyakan kes rogol itu membabitkan hubungan seks suka sama suka antara mangsa dan pasangannya.

Ulasan: Semua orang wajar lakukan apa yang patut untuk elakkan zina termasuk rogol. Pihak kerajaan pusat: tolong tutup kemas-kemas pintu-pintu yang memudahkan berlaku zina dan rogol. Apa yang KITA buat untuk menghalanginya? Jangan hanya seronok jadi wakil rakyat dan pegang jawatan hebat dalam kerajaan. Kena bertanggung jawab sikit.

Antaranya media yang mengajak kepada seks bebas (sexy media), musik yang melalaikan, majalah cabul, TV dan filem, VCD lucah, internet, fesyen yang menggoda dan artis yang memuja pakaian yang seksi.

Dulu kerajaan heboh nak tapis internet. Bagaimana VCD lucah? Jangan hanya pandai cakap seolah-olah tidak berkuasa laksanakan.

Selamanya seks bebas BUKAN budaya kita (sebelum dan selepas 16 tahun)...

Thursday, June 22, 2006

Serangan terbaru Israel ragut 3 nyawa

KEM PELARIAN JEBALIYA, Genting Gaza 21 Jun - Tiga penduduk awam terbunuh dan sembilan yang lain cedera dalam satu serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh sebuah pesawat Israel di kem pelarian Jebaliya yang sesak di utara Gaza semalam.

Ulasan: Sejak 1948 bila Israel di wujudkan di Palestin oleh kuasa besar dunia perkara yang sama berlaku lagi dan lagi. Apa di harap dari negara Zionist yang tak beradab, yang mengamalkan dasar apartheid dan telah mengengkari berpuluh resolusi yang dikenakan kepadanya oleh Bangsa Bersatu.

Ingatlah apabila umat Islam dihina, apakah kita mengharapkan bantuan negara kafir lain, melainkan kita sendiri membantunya. Binalah kekuatan sendiri bermula dengan hati yang merdeka. Lawan tetap lawan.

Dedah hakim rasuah -- Jika cintakan negara jangan takut beri keterangan – Ahmad Fairuz

KOTA BHARU 21 Jun - Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim meminta penyebar surat layang yang menuduh hakim melakukan rasuah supaya jangan takut tampil memberi keterangan.

Ulasan: Bukan sebarang surat layang tapi untuk disiasat oleh BPR, why not? BPR kena mudahkan cara penyampaian laporan/keterangan dari masyarakat awam melalui teknologi terkini contohnya sms dan email.

Maklumat walaupun kecil amat berharga. Yang penting rasuah diterima sebagai jijik dan dihapuskan dari negara ini dan penerima rasuah dihukum seadilnya. Selamat bertugas BPR…

Wednesday, June 21, 2006

JKR laksana projek PDRM: Langkah elak kuarters, balai polis bernilai RM1.4 bilion terbengkalai

BUKIT MERTAJAM: Semua projek pembinaan kuarters dan balai polis di seluruh negara bernilai RM1.4 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri membuat keputusan itu bagi mengelak projek berkenaan lewat siap seperti berlaku dalam RMK-8 apabila projek diserahkan kepada pemaju swasta.

Ulasan: Ternyata langkah kerajaan BN menyerahkan projek kerajaan secara turnkey di lakukan oleh pemaju swasta dan diselia oleh perunding pengurusan projek (PMC) suatu yang merugikan dari pelbagai sudut.

Selamat kembali bertugas JKR kerana jasamu kepada rakyat. Elakkan rasuah.

Kaedah PGD tak langgar hukum agama: Ulama

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak, termasuk tokoh agama dan akademik berpendapat kaedah diagnosa genetik implantasi awal (PGD) bagi menentukan jantina anak boleh dilakukan umat Islam di negara ini dengan syarat ia hanya membabitkan suami isteri dan tidak ada pihak ketiga. Mereka berpendapat pembabitan suami isteri saja dalam menentukan jantina anak dengan cara saintifik tidaklah dianggap melanggar hukum hakam agama.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata kaedah PGD ini tidak ada sebarang masalah kepada umat Islam kerana ia tidak membabitkan pihak ketiga.
Beliau berkata, maksud pihak ketiga adalah seperti menggunakan mani orang lain selain suami wanita itu.

Ulasan: Dunia aman kalau kita ikut cakap ulama.

Tuduhan hakim rasuah kes serius

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam menyifatkan tuduhan isu rasuah dalam badan kehakiman seperti ditimbulkan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Aidid Syed Abdullah, sebagai serius.
Beliau diminta mengulas laporan temubual akhbar New Sunday Times dengan Syed Ahmad Idid yang disiarkan 11 Jun lalu, yang antara lain menyentuh mengenai isu yang didakwa bekas hakim itu sebagai rasuah dalam badan kehakiman. Syed Ahmad Idid antara lain menceritakan apa yang didakwanya sebagai perkara sebenar yang berlaku pada 1996 apabila beliau 'dipaksa' meletak jawatan berikutan suratnya disifatkan sebagai surat layang.

Ulasan: Hakim pun manusia biasa juga yang mulai tercemar dengan rasuah di negara kita yang memang pun terkenal dengan rasuah angkara orang politik parti pemerintah dan dalam kerajaan.

Senang sahaja, BPR boleh diberi kuasa untuk siasat kes dan bawa kes ke mahkamah. Kalau betul nak jaga negara bebas dari rasuah.

Tuesday, June 20, 2006

PJ jadi bandar raya ke-12

PETALING JAYA: Hari ini Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengisytiharkan Petaling Jaya sebagai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ulasan: Satu hari nanti semua bandar di negara kita bertukar status menjadi bandar raya. Kepada pihak berkuasa tempatan di mana-mana jangan hanya tukar status tetapi mentality masih gaya lama walaupun dapat peruntukan tambahan.

Jangan hanya indahkan kawasan dengan landskap, semaklah dan tunaikan keperluan mendesak penduduk. Yang utama: Jangan menyusahkan rakyat. Jangan naikkan cukai pintu.

Pyongyang digesa henti ujian -- 5 negara ancam Korea Utara jika lancar peluru berpandu

TOKYO 19 Jun - Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutnya - Jepun, Korea Selatan, Perancis dan Australia hari ini mendesak Korea Utara jangan meneruskan rancangannya untuk melancarkan peluru berpandu jarak jauh.

Ulasan: Untuk menjadi sekutu hero memang senang. Cakap ikut bos. Tetapi azabnya menjadi penentang. Lawan tetap lawan. Sejak bila kita lantik AS jadi polis dunia?

Monday, June 19, 2006

Lagi sekolah gagal disiapkan

RAWANG 18 Jun - Kira-kira 700 murid yang tidak sabar-sabar mahu belajar di sekolah baru yang dekat dengan rumah, di Sekolah Menengah Integrasi dekat Bandar Country Home di sini, tidak kesampaian apabila pembinaannya gagal disiapkan mengikut jadual.
Berdasarkan jadual asal, pembinaan sekolah bernilai lebih RM1.5 juta itu sepatutnya siap pertengahan 2003.

Ulasan: Takkanlah PM terpaksa melawat setiap projek kerajaan yang gagal disiapkan. Ada pihak professional yang bertanggung jawab diatas pelaksanaannya dan mudah saja, ikut sahaja kontrak yang telah dimeterikan. Tapi biasanya dalam projek yang banyak masalah akibat permainan politik parti pemerintah.

Friday, June 16, 2006

Dari Ketua Amir Majlis Mujahiddin Indonesia (MMI), Abu Bakar Basyir:

Dari Ketua Amir Majlis Mujahiddin Indonesia (MMI), Abu Bakar Basyir:

Meminta agar syariat Islam diperkenalkan di Indonesia menggantikan undang-undang sedia ada kerana baginya semua penganut Islam perlu fanatik jika mahu melihat agama itu dihormati.

“Kami tidak akan paksa orang bukan Islam memeluk Islam, namun orang bukan Islam tidak boleh paksa kami supaya jangan menegakkan undang-undang syariah di Indonesia."
(Utusan Malaysia 16.6.06)

Abu Bakar ajak Howard masuk Islam

SOLO: Guru agama Indonesia yang baru dibebaskan, Abu Bakar Bashir mengkritik Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan Perdana Menteri Australia, John Howard kerana mengisytiharkan perang terhadap umat Islam di Iraq dan Afghanistan serta meminta mereka memeluk Islam jika tidak mahu ke neraka.
“Hanya ini caranya untuk mereka terselamat,” katanya kepada pemberita.

Comment: The best thing to do is to invite other human being to be Muslims. However great we are, one day we will leave this world alone facing our God the Most High. Then we will discover our true selves. The Almighty God has given a chance to submit to Truth via the invitation from a common Muslim man.

Wednesday, June 14, 2006

‘PAC jangan masuk campur’

KUALA LUMPUR 13 Jun - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak perlu mencampuri urusan semakan semula pembayaran ganti rugi sebanyak RM100 juta kepada syarikat kontraktor berikutan pembatalan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

“Kita bukannya buta dan PAC sepatutnya merujuk kepada kementerian sekiranya terdapat sebarang masalah,'' katanya sebagai membalas kenyataan Pengerusi PAC, Datuk Shahrir Abdul Samad yang meminta JKR mengkaji semula agar pembayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana Sdn. Bhd. (GPSB).

Ulasan: Memang kebanyakan masalah dalam negara kita dilakukan oleh yang TIDAK BUTA….


Ulama mahu amalan kongsi raya dikaji semula

IPOH 13 Jun - Para ulama yang menghadiri satu muzakarah di sini meminta kerajaan mengkaji semula beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 Datuk Seri Harussani Zakaria berkata kajian semula itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Ulasan: Ikutlah al-Quran, senang cerita. Dalam Surah al-Kafirun, terdapat ayat Lakum dinukum waliyadin bermaksud: Untuk kamu agama kamu, untukku agamaku (Unto you your religion , and unto me my religion) (Al-Kafirun: 6).


Hakim rasuah: Syed Ahmad Idid diminta buat laporan BPR

KUALA LUMPUR 13 Jun - Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Idid Syed Abdullah diminta membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi membuktikan kesahihan dakwaan beliau terdapat hakim-hakim yang terlibat dengan gejala rasuah.

Bekas Presiden Majlis Peguam, Zainur Zakaria berkata, Syed Ahmad Idid tidak perlu menjadi ‘jaguh kampung' dengan berselindung di sebalik surat layang melainkan beliau wajar mengetengahkan bukti bahawa segala dakwaannya adalah benar.

Ulasan: Lawan tetap lawan dan jangan reda sebarang rasuah.


Dokumen tidak lagi rahsia: Kerajaan akan klasifikasi semula kertas Kabinet berhubung isu Singapura

AYER KEROH: Kerajaan akan mengklasifikasikan semula status dokumen dianggap rahsia dalam isu rundingan dengan Singapura, bagi membolehkan rakyat mendapat penjelasan terperinci dan terbuka berhubung semua persoalan yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ulasan: Kenapa tunggu begitu lama untuk menjadi negara yang telus? Takkan jahil mengenai kebaikan telus, paling kurang menghindarkan rasuah dan syarat yang berat sebelah.

Sepatutnya sudah lama telus dalam semua dokumen kontrak penswastaan contohnya Projek Lebuhraya Utara-Selatan, Empangan Bakun dan lain2, dan dokumen kontrak yang melibatkan projek yang kontraversial (contohnya. Pembinaan Rumah Kediaman PM di Putrajaya, MATRADE, butiran terperinci mengenai tambahan kepada perjanjian pembelian tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan pengeluar tenaga persendirian (IPP) dan seumpanya.)

Thursday, June 08, 2006

Dr Mahathir kritik Pak Lah

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam melemparkan kritikan paling keras terhadap pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi termasuk menuduh penggantinya itu menikam beliau dari belakang. Perdana Menteri itu yang sebelum ini mempertikaikan beberapa keputusan kerajaan termasuk pembatalan projek jambatan menggantikan Tambak Johor, tanpa berselindung menyuarakan kekecewaannya terhadap pentadbiran Abdullah.

Ulasan: Selamat mengkritik. Diharapkan berlaku perubahan yang untungkan rakyat semuanya.


Dr M dakwa kerajaan langgar janji
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mendakwa kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melanggar janji untuk meneruskan keputusan yang dibuat pentadbiran yang dipimpinnya sebelum ini.

Ulasan: Apa yang nak dipelikkan, kan itu memang style orang UMNO. Kalau janji dengan Allah pun depa langgar....


Najib mahu rakyat, pemimpin sokong PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu semua pemimpin, anggota parti dan setiap rakyat Malaysia supaya terus memberi sokongan padu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara.

Ulasan: Mana mungkin menyokongnya kerana perjuangan UMNO membawa kepada pelbagai masalah terutama korupsi, kolusi dan nepotisme atau rasuah dalam pentadbiran negara.

Ingatlah Al-Quran mengisahkan doa Musa, "Dia merayu lagi: Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah." (Al-Qasas: 17).


Siswa patut jadi idola belia
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi mahu mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) menjadi idola belia di negara ini, sekali gus menjadi ejen pembasmi masalah sosial terutama gejala dadah.

Ulasan: Mahasiswa sewajarnya menjadi idola untuk ikutan belia dan rakyat dengan akhlak terpuji, kasihkan ilmu pengetahuan dan berpegang kepada kebenaran.

Belia harapan negara: Pilihlah idola yang membawa kita kepada kehidupan yang di redai Allah di dunia dan akhirat.


Jihad ekonomi senjata dorong Melayu berjaya
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menyifatkan pelaksanaan jihad ekonomi akan berjaya jika masyarakat Melayu mampu mengubah corak pemikiran supaya lebih berdaya maju, selain mengikis perasaan hasad dengki dan cemburu terhadap kejayaan orang lain.

Ulasan: Boleh berjaya sekiranya politik UMNO di sekat dan di haramkan dari program ini. Selama ini bermacam-macam program kerajaan untuk tolong bangsa sendiri gagal kerana politik UMNO.

Akhirnya tamat tempoh, habis peruntukan, yang buncit perut ialah orang politik UMNO dan sudah tentunya kaya dan menguasai ekonomi lantaran amalan orang politik UMNO ialah taukeh China.


Syor Ikram jaga alam sekitar
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mahu Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Ikram) menjadi penguat kuasa alam sekitar, khususnya pembangunan di kawasan sensitif.

Ulasan: Lumrah di Malaysia dan negara-negara yang sewaktu dengannya menjadi penguat kuasa bererti rasuah akan menguasai.

BPR tentu setuju dan sayangnya bermakna kerja baru untuk BPR untuk hapuskan rasuah dari negara ini.

Tuesday, June 06, 2006

Salah PBT -- Gagal patuhi garis panduan pembangunan tanah tinggi

PUTRAJAYA 5 Jun - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar merumuskan kejadian tanah runtuh di sekitar Hulu Klang termasuk di Kampung Pasir minggu lalu berpunca daripada kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) mematuhi garis panduan pembangunan tanah tinggi.
Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Suboh Mohd. Yassin berkata, mengikut garis panduan, kawasan tanah tinggi melebihi 1,000 meter dengan kecerunan lebih 40 darjah tidak dibenarkan pembangunan projek.
Justeru tegasnya, adalah menjadi tanggungjawab setiap PBT memastikan garis panduan tersebut dipatuhi.
``Persoalannya, dia (pihak berkuasa tempatan) tidak ikut,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2005 kementerian itu di sini, hari ini.

Ulasan: Semua PBT sewajarnya malu kerana sanggup meluluskan projek semata-mata kerana rasuah walaupun sanggup membunuh jiwa yang tak berdosa.
Apa dah jadi Malaysia? Tidak pelik sekiranya rasuah akan terus berlaku lagi dan lagi selagi negara di bawah BN dan UMNO.

Monday, June 05, 2006

PM arah Datuk Bandar siasat projek Bukit Mas

KEPALA BATAS 4 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ruslin Hasan menyiasat semula kelulusan yang diberikan kepada sebuah syarikat bagi melaksanakan projek perumahan di kawasan cerun bukit di Bukit Mas, Kuala Lumpur.

Ulasan: Nampaknya semua benda kena diperhatikan oleh PM. Pada hal PM sepatutnya berfikir mengenai grand design yang perlu di capai oleh Malaysia 50 tahun lagi.

Inilah bila rasuah memenangi peraturan yang telah dibuat. Kalau BPR diberi kuasa yang sebenarnya, tentu banyak kerja kearah negara yang telus.



Pelajar perempuan kenakan bayaran raba didedah

GOMBAK 4 Jun - Terdapat segelintir pelajar perempuan sekolah menengah dikatakan mengenakan bayaran kepada pelajar lelaki untuk `merasai' bahagian tertentu pada tubuh mereka. Dengan bayaran RM10 dan RM20, seseorang itu dibenarkan memegang bahagian tertentu pada tubuh pelajar berkenaan.
Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Noriah Kasnon mendedahkan, beliau mendapat maklumat mengenai perbuatan tersebut baru-baru ini dan ia berlaku sekitar Selangor.

Ulasan: Hari ini mereka pelajar, besok akan menambahkan lagi problem di negara kita. Tolonglah tutup jalan kearah maksiat.



Ahli UMNO perlu jadi golongan paling berpengaruh

KEPALA BATAS 4 Jun - Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu ahli parti itu menjadi golongan paling berpengaruh dalam masyarakat bagi menggerakkan reformasi pembangunan yang lebih pesat di kawasan masing-masing.

Ulasan: Reformasi pembangunan bermula dari reformasi diri. Kalau tidak akan berlakulah perkara yang telah berlaku sepanjang UMNO memerintah negara: duit habis, matlamat tak tercapai, yang buncit orang politik, tetapi yang kayanya taukeh. Melayu setakat jadi kuli.



PAP ubah strategi hadapi pembangkang

SINGAPURA 4 Jun - Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura akan menukar strateginya dalam pilihan raya akan datang selepas seorang daripada setiap tiga pengundi didapati menyokong pembangkang ketika pilihan raya bulan lalu.

Ulasan: Rakyat yang berjiwa merdeka tolaklah parti yang telah terlalu lama memerintah kerana orang lain juga tahu memerintah.

Thursday, June 01, 2006

IGP: Cops used minimal force? (The Star)

Inspector-General of Police Tan Sri Mohd Bakri Omar has defended the action of his men against demonstrators at the KLCC on Sunday, saying they had used minimal force to disperse the protesters.

Comments: Back to basics: Demonstrators were there to demonstrate their feeling not to cause trouble to others. Unfortunately the presence of police especially the RU will mean trouble, remember the incident of Kesas Highway Demo.

Look beyond the official photos, look for other photos and videos taken by laymen on the street to judge whether ‘minimal force’ to disperse the protesters. Ask the nearest clinics or hospitals.

Sorry, Malaysia is and will NOT be a police state.
We the citizens of Malaysia, employ you to maintain peace and order not to become the slaves of ruling politicians.

Brad Pitt potong tali pusat anak

WINDHOEK: Aktres Angelina Jolie melahirkan anak pertamanya hasil hubungan dengan pelakon Brad Pitt, menerusi kaedah Caesarean hujung minggu lalu dan kelahiran itu berjalan lancar, kata doktor kelmarin.

Ulasan: Anak hasil dari zina? Kenapa akhbar kita seronok sangat menyiarkan perkara yang seumpama.


Struktur longgar dikesan sebulan lalu: MB

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mahu jururunding dan kontraktor pemaju projek perumahan yang membina benteng penahan tanah yang mengakibatkan tanah runtuh di Kampung Pasir, Hulu Klang, semalam, bertanggungjawab atas kejadian itu.

Katanya, kerajaan negeri mengesan kelonggaran tanah di kawasan projek perumahan itu kira-kira sebulan lalu dan sudah mengarahkan pemaju membina tembok penahan tanah.

Ulasan: Rakyat miskin dilayan begini....