Wednesday, June 14, 2006

‘PAC jangan masuk campur’

KUALA LUMPUR 13 Jun - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak perlu mencampuri urusan semakan semula pembayaran ganti rugi sebanyak RM100 juta kepada syarikat kontraktor berikutan pembatalan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

“Kita bukannya buta dan PAC sepatutnya merujuk kepada kementerian sekiranya terdapat sebarang masalah,'' katanya sebagai membalas kenyataan Pengerusi PAC, Datuk Shahrir Abdul Samad yang meminta JKR mengkaji semula agar pembayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana Sdn. Bhd. (GPSB).

Ulasan: Memang kebanyakan masalah dalam negara kita dilakukan oleh yang TIDAK BUTA….


Ulama mahu amalan kongsi raya dikaji semula

IPOH 13 Jun - Para ulama yang menghadiri satu muzakarah di sini meminta kerajaan mengkaji semula beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 Datuk Seri Harussani Zakaria berkata kajian semula itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Ulasan: Ikutlah al-Quran, senang cerita. Dalam Surah al-Kafirun, terdapat ayat Lakum dinukum waliyadin bermaksud: Untuk kamu agama kamu, untukku agamaku (Unto you your religion , and unto me my religion) (Al-Kafirun: 6).


Hakim rasuah: Syed Ahmad Idid diminta buat laporan BPR

KUALA LUMPUR 13 Jun - Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Idid Syed Abdullah diminta membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi membuktikan kesahihan dakwaan beliau terdapat hakim-hakim yang terlibat dengan gejala rasuah.

Bekas Presiden Majlis Peguam, Zainur Zakaria berkata, Syed Ahmad Idid tidak perlu menjadi ‘jaguh kampung' dengan berselindung di sebalik surat layang melainkan beliau wajar mengetengahkan bukti bahawa segala dakwaannya adalah benar.

Ulasan: Lawan tetap lawan dan jangan reda sebarang rasuah.


Dokumen tidak lagi rahsia: Kerajaan akan klasifikasi semula kertas Kabinet berhubung isu Singapura

AYER KEROH: Kerajaan akan mengklasifikasikan semula status dokumen dianggap rahsia dalam isu rundingan dengan Singapura, bagi membolehkan rakyat mendapat penjelasan terperinci dan terbuka berhubung semua persoalan yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ulasan: Kenapa tunggu begitu lama untuk menjadi negara yang telus? Takkan jahil mengenai kebaikan telus, paling kurang menghindarkan rasuah dan syarat yang berat sebelah.

Sepatutnya sudah lama telus dalam semua dokumen kontrak penswastaan contohnya Projek Lebuhraya Utara-Selatan, Empangan Bakun dan lain2, dan dokumen kontrak yang melibatkan projek yang kontraversial (contohnya. Pembinaan Rumah Kediaman PM di Putrajaya, MATRADE, butiran terperinci mengenai tambahan kepada perjanjian pembelian tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan pengeluar tenaga persendirian (IPP) dan seumpanya.)

No comments: