Monday, June 05, 2006

PM arah Datuk Bandar siasat projek Bukit Mas

KEPALA BATAS 4 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ruslin Hasan menyiasat semula kelulusan yang diberikan kepada sebuah syarikat bagi melaksanakan projek perumahan di kawasan cerun bukit di Bukit Mas, Kuala Lumpur.

Ulasan: Nampaknya semua benda kena diperhatikan oleh PM. Pada hal PM sepatutnya berfikir mengenai grand design yang perlu di capai oleh Malaysia 50 tahun lagi.

Inilah bila rasuah memenangi peraturan yang telah dibuat. Kalau BPR diberi kuasa yang sebenarnya, tentu banyak kerja kearah negara yang telus.



Pelajar perempuan kenakan bayaran raba didedah

GOMBAK 4 Jun - Terdapat segelintir pelajar perempuan sekolah menengah dikatakan mengenakan bayaran kepada pelajar lelaki untuk `merasai' bahagian tertentu pada tubuh mereka. Dengan bayaran RM10 dan RM20, seseorang itu dibenarkan memegang bahagian tertentu pada tubuh pelajar berkenaan.
Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Noriah Kasnon mendedahkan, beliau mendapat maklumat mengenai perbuatan tersebut baru-baru ini dan ia berlaku sekitar Selangor.

Ulasan: Hari ini mereka pelajar, besok akan menambahkan lagi problem di negara kita. Tolonglah tutup jalan kearah maksiat.



Ahli UMNO perlu jadi golongan paling berpengaruh

KEPALA BATAS 4 Jun - Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu ahli parti itu menjadi golongan paling berpengaruh dalam masyarakat bagi menggerakkan reformasi pembangunan yang lebih pesat di kawasan masing-masing.

Ulasan: Reformasi pembangunan bermula dari reformasi diri. Kalau tidak akan berlakulah perkara yang telah berlaku sepanjang UMNO memerintah negara: duit habis, matlamat tak tercapai, yang buncit orang politik, tetapi yang kayanya taukeh. Melayu setakat jadi kuli.



PAP ubah strategi hadapi pembangkang

SINGAPURA 4 Jun - Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura akan menukar strateginya dalam pilihan raya akan datang selepas seorang daripada setiap tiga pengundi didapati menyokong pembangkang ketika pilihan raya bulan lalu.

Ulasan: Rakyat yang berjiwa merdeka tolaklah parti yang telah terlalu lama memerintah kerana orang lain juga tahu memerintah.

No comments: