PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam melemparkan kritikan paling keras terhadap pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi termasuk menuduh penggantinya itu menikam beliau dari belakang. Perdana Menteri itu yang sebelum ini mempertikaikan beberapa keputusan kerajaan termasuk pembatalan projek jambatan menggantikan Tambak Johor, tanpa berselindung menyuarakan kekecewaannya terhadap pentadbiran Abdullah.
Ulasan: Selamat mengkritik. Diharapkan berlaku perubahan yang untungkan rakyat semuanya.
Dr M dakwa kerajaan langgar janji
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mendakwa kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melanggar janji untuk meneruskan keputusan yang dibuat pentadbiran yang dipimpinnya sebelum ini.
Ulasan: Apa yang nak dipelikkan, kan itu memang style orang UMNO. Kalau janji dengan Allah pun depa langgar....
Najib mahu rakyat, pemimpin sokong PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu semua pemimpin, anggota parti dan setiap rakyat Malaysia supaya terus memberi sokongan padu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara.
Ulasan: Mana mungkin menyokongnya kerana perjuangan UMNO membawa kepada pelbagai masalah terutama korupsi, kolusi dan nepotisme atau rasuah dalam pentadbiran negara.
Ingatlah Al-Quran mengisahkan doa Musa, "Dia merayu lagi: Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah." (Al-Qasas: 17).
Siswa patut jadi idola belia
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi mahu mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) menjadi idola belia di negara ini, sekali gus menjadi ejen pembasmi masalah sosial terutama gejala dadah.
Ulasan: Mahasiswa sewajarnya menjadi idola untuk ikutan belia dan rakyat dengan akhlak terpuji, kasihkan ilmu pengetahuan dan berpegang kepada kebenaran.
Belia harapan negara: Pilihlah idola yang membawa kita kepada kehidupan yang di redai Allah di dunia dan akhirat.
Jihad ekonomi senjata dorong Melayu berjaya
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menyifatkan pelaksanaan jihad ekonomi akan berjaya jika masyarakat Melayu mampu mengubah corak pemikiran supaya lebih berdaya maju, selain mengikis perasaan hasad dengki dan cemburu terhadap kejayaan orang lain.
Ulasan: Boleh berjaya sekiranya politik UMNO di sekat dan di haramkan dari program ini. Selama ini bermacam-macam program kerajaan untuk tolong bangsa sendiri gagal kerana politik UMNO.
Akhirnya tamat tempoh, habis peruntukan, yang buncit perut ialah orang politik UMNO dan sudah tentunya kaya dan menguasai ekonomi lantaran amalan orang politik UMNO ialah taukeh China.
Syor Ikram jaga alam sekitar
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mahu Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Ikram) menjadi penguat kuasa alam sekitar, khususnya pembangunan di kawasan sensitif.
Ulasan: Lumrah di Malaysia dan negara-negara yang sewaktu dengannya menjadi penguat kuasa bererti rasuah akan menguasai.
BPR tentu setuju dan sayangnya bermakna kerja baru untuk BPR untuk hapuskan rasuah dari negara ini.
No comments:
Post a Comment