KUALA LUMPUR 5 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan generasi muda yang menikmati kestabilan dan pembangunan hasil perjuangan pemimpin terdahulu supaya memahami konsep perkongsian.
Bekas Perdana Menteri berkata, ini kerana konsep itu berjaya memacu negara ke arah kemajuan jika dibandingkan negara lain yang mencapai kemerdekaan sama dengan Malaysia.
''Untuk menilai kejayaan Malaysia, kita harus melihat negara ini dari luar di mana selepas lebih 50 tahun, kestabilan berjaya diwujudkan. Persoalannya adakah kita berpuas hati dengan kejayaan ini? Atau kita sudah berputus asa dan mahu perubahan tetapi ingat, perubahan sentiasa memusnahkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk 'Malaysia kini dan peranan yang boleh dimainkan oleh pegawai-pegawai tentera yang bersara' di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini hari ini.
Ulasan: Sesekali BN berkuasa, sesekali PR pula. Macam di UK atau AS. Silih berganti berdasarkan prestasi bukan rasuah pilihan raya dan yang seumpamanya. Bukan dulu, kini dan selamanya walaupun rasuah menjadi budaya.
No comments:
Post a Comment