Wednesday, January 11, 2012

Thailand: Bantah larangan bertudung

2012/01/11

BANGKOK: Beratus-ratus penduduk Islam mengadakan satu perhimpunan secara aman di hadapan pejabat Perdana Menteri Thailand di sini semalam, kerana membantah langkah sebuah sekolah menengah Buddha yang melarang seorang remaja Islam memakai tudung.

Kumpulan Aman Islam menyifatkan langkah Sekolah Menengah Wat Nongjok di sini yang tidak membenarkan seorang pelajar Islam memakai tudung memasuki sekolah sebagai sikap prejudis terhadap Islam.

Tindakan sekolah itu bertentangan dengan Peraturan ke atas Pakaian Seragam Sekolah Kementerian Pendidikan yang menyatakan pelajar berhak memilih seragam mereka...

Ulasan: Kalau Buddha hidup tentu dia tak suka dengan pengikutnya yang keras terhadap agama lain.

No comments: