Tuesday, January 03, 2012

Demo UPSI: Polis siasat semua bukti gambar, video

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Polis akan memuat turun segala gambar dan video sebagai bukti bahawa tiada kekerasan digunakan bagi meleraikan kira-kira 70 pelajar yang menyertai perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak semalam.

Selain itu, dakwaan berunsur fitnah dalam beberapa blog berhubung isu pelajar universiti dipukul oleh polis sehingga patah tulang rusuk dalam perhimpunan tersebut turut disiasat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, pegawai khas akan dilantik bagi memantau dan menyiasat blog-blog yang menyebarkan tuduhan palsu terhadap pasukan itu.

"Tuduhan polis mengasari pelajar berkenaan sengaja direka cipta sebagai satu usaha menjatuhkan imej polis sekali gus meraih sokongan masyarakat bagi 'menghalalkan' tindakan mereka.

"Polis terlebih dahulu telah berunding dan menasihatkan mereka supaya bersurai namun, mereka tetap berdegil. Bagaimanapun, kita tidak menggunakan kekerasan dan senjata untuk mendesak mereka supaya bersurai," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini...

Ulasan: Dipersilakan dengan penuh hormat. Tapi polis nak siasat polis? Adakan polis kita begitu hebat kewibawaannya yang akan menyebabkan rakyat menerimanya.

No comments: