Agrobank sedia pembiayaan kepada usahawan tanpa cagaran, penjamin
SERDANG: Mulai bulan depan, usahawan tani boleh memohon pembiayaan tanpa cagaran dan penjamin sehingga RM300,000 dengan kadar faedah empat peratus, dalam usaha meningkatkan bekalan makanan negara.Pinjaman itu boleh dibuat melalui Agrobank yang menyediakan peruntukan sebanyak RM55 juta bagi tujuan berkenaan.
Pembiayaan itu adalah bagi beberapa projek permulaan (EPP) dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, termasuk penternakan ikan dalam sangkar dan ikan hiasan, ternakan lembu fidlot dan ruminan, taman pengeluaran makanan dan penanaman sayuran serta bunga.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata sebelum ini usahawan tani hanya menikmati pembiayaan sehingga RM50,000 menerusi skim mikro kredit ditawarkan institusi kewangan dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional), sedangkan jumlah itu tidak mencukupi untuk mengembangkan aktiviti pertanian....
Ulasan: Sedih petani kita akan bergelumang dengan dosa kerana terlibat dengan kadar faedah 4%. Apa Allah kata?
No comments:
Post a Comment