Tuesday, April 03, 2012

BN hapus rasuah seperti minta sisik ikan keli


Harakahdaily,03 Apr 2012

KUALA LUMPUR, 3 April: “Nampaknya hendak mengharapkan kerajaan BN menghapuskan rasuah seperti meminta sisik daripada ikan keli,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Beliau berkata, buktinya dengan amaran yang diberi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menegur Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull yang merungut tentang kes-kes rasuah yang telah ditolak oleh Pejabat Peguam Negara.

Nazri mengulas kenyataan Shukri di sebuah forum Khamis lepas bahawa SPRM menyiasat semua tuduhan rasuah yang diserahkan kepadanya, tetapi Pejabat Peguam Negara yang enggan memfailkan kes-kes tersebut di mahkamah atas alasan bukti tidak mencukupi.

Akhirnya, kata beliau SPRM dikambinghitamkan oleh orang ramai apabila kes-kes yang melibatkan berprofil tinggi dipendamkan.

“Hanya yang diseretkan ke mahkamah hanya singa tua yang tidak ada gusi lagi, seperti Tun Lim Keng Yaik kes Port Klang Free Zone (PKFZ), Datuk Seri Dr Khir Toyo, Datuk Kasitah Gadam,” ujarnya dalam satu kenyataan....


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9305-bn-hapus-rasuah-seperti-minta-sisik-ikan-keli

No comments: