TERAS mendapati sehingga hari ini negara terlalu sarat dengan persoalan prestasi uruskelola yang buruk dan penyelewengan kuasa yang nampaknya lebih banyak dirunguti oleh rakyat berbanding bergembira mendengar pengumuman kejayaan kerajaan menunai janji yang dijaja diseluruh negara.
Adalah logik bila rakyat merasa gusar terhadap hala tuju negara bila pelbagai isu tercetus dikebelakangan ini walaupun pihak kerajaan beria-ia benar mendakwa bahawa rakyat tidak harus memileh pembangkang untuk mengambilalih pemerintahan kerana semua janji telah ditunaikan.
Soalnya menunaikan janji dan menguruskelola khazanah negara tidak boleh dipisahkan. Menghulurkan bantuan kebajikan kepada rakyat tetapi dalam masa yang sama menyamun dan membenarkan penyamun merompak hasil negara adalah tidak dapat diterima.
Memberi wang tunai kepada rakyat , tapi dalam masa yang sama berbelanja besar secara membazir dalam menyambut hari kelahiran seorang pemimpin , tidak dapat diterima.
Mengujudkan menu 1
Apalagi jika pihak kerajaan bersungguh untuk mempertahankan kuasa, akan tetapi dengan menghalal semua cara , negara ini pasti akan berada diambang kehancuran.
TERAS berpendirian kerajaan harus menyibukkan diri menjelaskan pelbagai persoalan besar yang melibatkan isu intergriti dan ketelusan dalam menguruskan perbendaharaan dan perlaksanaan pelbagai polisi negara.
Tidak kesana kemari menerangkan kejayaan kerajaan mengotakan janji. Ini akan lebih bermakna dari hanya melakukan Jelajah Janji Ditunaikan.
Berikut hanya sebahagian dari sejumlah isu-isu yang lebih mewarnai senario negara yang digusari rakyat berbanding dengan terpukau dengan janji dikota oleh kerajaan :
1. Isu projek PKFZ ,
2. NFC.
3. YTL Comms ,
4. Lynas ,
5. Penyenaraian FELDA ,
6. Kepincangan Pilihanraya dan pendaftaran pengundi oleh SPR.
7. Isu Penjualan Tanah Rizab Melayu ,
8. Isu PTPTN.
9. Isu melantik syarikat perunding Israel ,
10. Isu undang-undang baru menganti ISA dan AUKU,
11. Isu pembunuhan Altantuya Saaribu dan pembeliaan kapal selam Scorpene,
12. Kes skandal balak di
13. Isu royalti minyak Petronas ,
14. Isu khidmat kesihatan 1 Care ,
15. Isu MAS-A.Asia ,
16. Isu kerugian MAS
17. Isu penjualan aset Tabung Haji
18. Isu penarikan subsidi tetapi wang subsidi tidak diguna dengan produktif untuk memperbaikki khidmat dan kemudahan awam,
19. Isu meluluskan perbelanjaan tambahan yang terlalu kerap di parlimen
20. Isu SPBA ,
21. Isu dakwaan ke atas AG dan bekas KPN ,
22. Isu kematian Teoh Beng Hock di pejabat SPRM
23. Isu kematian Ahmad Sarbani di pejabat SPRM
24. Isu kematian dalam tahanan polis
25. Isu siasatan dan tindakan ke atas kes rasuah ,
26. Isu Rekomendasi Menambahbaik PDRM oleh Suruhanjaya diketepikan .
27. Isu PPSMI yang belum selesai ,
28. Isu kebebasan ahli akedamik bersuara,
29. Isu pengawalan penyebaran agama laian kepada orang Islam dan tuntutan penguakutasaan undang-undang murtad,
30. Isu penangkapan dan penyerahan individu oleh kerajaan
31. Isu
32. Isu pelbagai kepincangan dalam perbelanjaan negara berdasar Laporan Audit negara ,
33. Isu kerugian DBP akibat pengswastaan bahagian penerbitannya ,
34. Isu kepincangan dalam sistem pengangkutan awam ,
35. Isu perjanjian TNB dengan IPP yang membebankan rakyat
36. Isu pengswastaan bekalan air ,
37. Isu kualiti dan penyediaan perumahan rakyat
38. Isu pelbagai projek mega yang membazir dan menjadi gajah putih
39. Isu pendapatan petani dan nelayan yang maseh rendah
40. Isu gaji minima pekerja
41. Isu kos uruskelola dan penyelengaraan pelbagai aset kerajaan yang terlalu tinggi
42. Isu tahap hutang negara dan hutang domestik ,
43. Isu jurang kaya miskin yang semakin melebar ,
44. Isu pengistiharan harta kekayaan pemimpin-pemimpin kerajaan.
Isu akauntabiliti Petronas kepada PM bukan kepada Parlimen
TERAS berpendirian bahawa menjelaskan dan mengambil langkah mengatasi isu-isu di atas adalah jauh lebih penting daripada menjelajah dari Perlis sampai ke
Sebenarnya rakyat menyimpan rasa tidak puas hati kepada gelagat pemimpin-pemimpin kerajaan yang tidak mengendahkan isu-isu di atas . Mereka menunggu saat untuk menterjemahkannya dalam peti undi.
Adalah sangat menghina minda rakyat untuk mengatakan hanya dengan kerajaan memberi RM500 tunai (Rm 8.90 setahun setelah 55 tahun merdeka), itu sudah cukup memadai mengatakan rakyat tidak ada pilhan lain melainkan memileh kerajaan yang sedia ada.
Apa yang TERAS tuntutan adalah suatu anjakan besar dilakukan dalam pentadbiran negara yang mementingkan ketelusan dan model pembangunan yang lebih secocok dengan keperluan negara dan rakyat. Bukan mengejar tahap pembangunan negara maju yang berkriteria negara-negara Barat yang ghairah untuk dicapai sedangkan kini negara-negara barat itu sendiri telah menunjukkan kegagalan yang nyata.
Apa yang seharusnya ditumpukan ialah bagaimana negara ditadbir dengan disiplin yang sangat berhemat dan mapan , untuk kebajikan generasi masa depan yang lebih terjamin. Tidak seperti model pembangunan yang ada kini yang menghasilkan banyak projek mega yang membazir melalui perancangan yang tidak teliti dan mengekspolitasi sumber alam secara tidak mapan.
TERAS juga menuntut agar ruang rakyat berpartisipasi dengan cara yang lebih bermakna perlu dibuka. Bukan hanya dalam bentuk kosmetik , iaitu hanya mengundang rakyat untuk berdialog , padahal kerajaan mengguna seluruh jenteranya untuk meneruskan pentadbiran yang feudalistik , dan menidakkan hak rakyat untuk bersuara melalui media
TERAS merasa malang , politik Malaysia maseh sarat dengan percaturan politik berkualiti rendah dan kotor, bila kerajaan mengeskploitasi seluruh jentera agensi kerajaan untuk kepentingan sebuah parti yang berkuasa dan menafikan ruang perbahasan yang matang dan produktif , memberi hak dan kesaksamaan kepada parti lain yang turut bertanding.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9491-najib-perlu-jelas-44-isu?device=xhtml
Penulis adalah Presiden Teras pengupayaan Melayu (TERAS).
Komen: Warga yang terpelajar kini memerlukan PM menjawab hujjah bukan setakat bercakap seorang. Patutlah negara MAJU mahukan PM yang boleh berdebat.
No comments:
Post a Comment