Thursday, March 30, 2006

Tiada bantuan jika undi pembangkang

SINGAPURA: Parti pemerintah Singapura memberi amaran kepada pengundi bahawa mereka tidak dapat menikmati bantuan baru sekiranya mengundi calon pembangkang di kawasan masing-masing dalam pilihan raya akan datang.
Menteri Kanan, Goh Chok Tong berkata, penduduk akan menerima kebaikan dengan terus memberi undi mereka kepada calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya tidak lama lagi jika mahu mendapatkan kemudahan lif baru serta kemudahan membeli-belah lebih baik.
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong baru-baru ini meminta bekas Perdana Menteri itu membantu menawan semula dua kawasan pembangkang. Pembangkang memiliki hanya dua daripada 84 kerusi di Parlimen.
Chiam See Tong, ketua Parti Demokratik Singapura, menguasai kawasan Potong Pasir selama 25 tahun manakala Setiausaha Agung Parti Pekerja, Low Thia Kiang memegang kawasan Hougang sejak 1991.

Ulasan: Rupa-rupanya Singapura pun sama dengan kita. Selepas pilihanraya semua kawasan adalah sama yang perlu di jaga kerana rakyat membayar cukai. Ini susah hendak di terima oleh parti politik yang terlalu lama memerintah sesuatu negara.

Hari itu akan tiba…

Whipping not the cure of corruption? Why not give a try

KUALA LUMPUR: Whipping will not be effective in tackling corruption, which has become a cultural problem, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz said.
“When offering and accepting bribes are no longer considered shameful, we can say it has become a cultural problem,” he said.
“I don’t think we can tackle corruption by introducing whipping, as such a move is merely reactive.
“Malaysians need to change their lifestyle and not offer to pay to cut queues or get services.
“What we need are long-term proactive programmes focusing on improving the people’s integrity.”
He was speaking at a seminar themed “Denying Safe Haven to Corruption and Its Assets: Enhancing Asia-Pacific Cooperation on Mutual Legal Assistance, Extradition and the Recovery and Return of the Proceeds of Corruption” yesterday.
In his speech, Nazri said corruption hindered the functioning of political systems, the implementation of policies and the effective allocation of resources.
(Star 29.3.06)


Ulasan:

1) Why not we try whipping until we find the most perfect long-term proactive programmes to improve the people’s integrity? Rahsia yang semua orang tahu iaitu yang mengajar kita rasuah ialah pemimpin terutamanya orang politik dari parti memerintah.

Jom kita saksikan orang politik kena sebat/rotan.

Kalau rotan kekal digunakan di Perlis untuk pelajar yang melanggar disiplin, kenapa tidak kepada perasuah negara? Lihat berita : Merotan kekal di Perlis, KANGAR: Hukuman rotan terhadap pelajar yang melanggar disiplin di Perlis akan dihidupkan semula berikutan banyak rungutan diterima daripada guru mengenai masalah disiplin pelajar yang semakin sukar dibendung(UM 31/3/06).


2) We have agreed long time ago that corruption is hindering the functioning of political systems, the implementation of policies and the effective allocation of resources. None but corruption by politicians of the ruling government dari dulu sampai bila-bila selagi Umno/BN memerintah..

3) Bila bercakap mengenai perasuah (yang memberi dan mengambil rasuah), jangan lupa ada bilis dan jerung. Kita merindukan siasatan terperinci dijalankan keatas semua kes dan di adili secara saksama di bawah undang-undang.

Woman who allegedly got HIV in hospital dies (NST 29.3.06)

SEGAMAT, JOHOR: Felda settler Norizan Ismail died last Friday, four years after allegedly contracting HIV in hospital.

Her husband, Rosli Mansor, 49, said she could not accept the fact that her decision to deliver her ninth child in a hospital had resulted in her contracting the disease.

"She prayed and hoped that she would live long enough to see all the children attain adulthood, but it was not to be," said Rosli.

Norizan, 46, of Felda Palong Timur, is believed to have been infected with HIV during a blood transfusion at Segamat District Hospital. She was later diagnosed HIV-positive.

From NST 31/3/06: Norizan had a transfusion of 11 pints of blood on July 17, 2001 after an emergency Caesarean section when she was seven months’ pregnant.

She was in a coma for a week and her baby only survived for 18 days.

A year later, two health officers went to her home and took samples of her blood as well as her husband’s. They confirmed that Norizan was HIV-positive and admitted that the last pint of blood was tainted with the virus.

Ulasan: Pihak hospital (kerajaan BN) di bawah Menteri Kesihatan patut bertanggung jawab, sekiranya siasatan pihak bebas mendapati hospital benar cuai, membantu mangsa dalam berbagai segi. Tapi kini mangsa yang tidak berdosa telah pergi meninggalkan kita. Kita yang masih hidup sebagai saksi apakah kejadian akan berulang lagi pada masa depan…

Mentang-mentang orang miskin, tidak siapa membela. Sewajarnya pihak kerajaan membelanya.

Selama 50 tahun kita terlalu taksub memilih BN (dulunya Perikatan) menjadi kerajaan Malaysia. Undi kita rakyat yang miskin menjadikan mereka terus berkuasa sehingga mereka tidak kenal siapa kita. Kita yang telah berbakti kepada mereka. Hasilnya dari pandangan mereka : Mereka buat apa pun rakyat tidak kisah, rakyat akan pilih kami sebagai kerajaan Malaysia.

Inilah akibat terlalu menyokong sekian lama, hingga BN tidak kisah apa yang berlaku dengan kita…

Nak sokong lagi selepas ini?

Tuesday, March 21, 2006

Bahasa Melayu : Bahasa Ilmu yang Perlu Di Pertahankan

Bahasa Melayu yang dituturkan oleh lebih 250 juta penduduk Asia Tenggara perlu diperkuatkan dan dibersihkan daripada pengaruh bahasa-bahasa asing kata Persidangan Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM).

Sayangnya di Malaysia sekarang, bahasa Melayu menjadi bahasa kelas kedua selepas kerajaan Barisan Nasional diakhir-akhir pemerintahan Dr Mahathir mewajibkan dua mata pelajaran Matematik dan Sains, tanpa sebarang perbincangan terperinci yang meluas, diajar menggunakan bahasa Inggeris walaupun jelas bercanggah dengan Penyata Razak atau Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa Kebangsaan 1967, Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Bahasa Kebangsaan.

Bahasa Melayu bukanlah sekadar untuk dihormati, atau disimpan di dalam muzium, tetapi perlu digunakan dalam majlis-majlis rasmi dan penggunaan ilmiah di universiti-universiti agar menjadi bahasa berdaulat seperti sebelum ini.

Friday, March 10, 2006

Paradise Now

Hany Abu-Assad the director of Paradise Now said these in an interview with Igal Avidan, as translation from German by Jennifer Taylor-Gaidar:

The only solution is the principle of equality between Palestinians and Israelis, as nations and as individuals. On this basis it would be possible to negotiate the details fairly quickly. Up until now, official representatives of Israel have not yet recognized a State of Palestine on an equal footing with Israel – since that necessarily means a division of the territory and its resources. They reject that idea as a surrender of the Jewish state and instead offer the Palestinians only human rights.

The suicide attacks are a consequence of oppression, which first has to stop. The Israelis forget that the occupation continued during the Oslo peace process.

I am against killing people, and I want that to stop. But I do not condemn the suicide attackers. For me, it is a very human reaction to an extreme situation.

Komen: Berjuanglah dimana-mana saja, asalkan ummah menang.

China says it may deport badly behaved foreigners (02 March 2006)

China may deport foreigners who buy or sell sex, steal or get involved in fights under new laws that come into effect on Wednesday, state newspapers reported.
Large numbers of foreigners in China were involved in prostitution or had visited sex workers, got involved in fights or stolen, the People's Daily quoted Wu Mingshan, vice head of the public security ministry's management office, as saying.
In the past few years prostitution has made a strong comeback in China despite being banned by the Communists after they took power in 1949. It flourishes particularly in the country's booming coastal provinces.
The new laws also detail penalties for other offences, including sending pornographic messages by mobile phone, raising pets that harass neighbours, and disturbing public order at sports or cultural events, the China Daily said.
http://www.stuff.co.nz/stuff/0,2106,3589492a12,00.html

Kita pun kena mula hantar sahaja pekerja asing yang membeli dan menjual seks, mencuri, merogol, membunuh, bergaduh, menipu dan yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah apa saja pulang ke negara masing-masing selepas menjalani hukuman.

Kalau betul hendak datang bekerja, sila bekerja dengan baik. Atau balik. Kita perlu menjaga rakyat kita supaya tidak tercemar dengan pekerja asing yang buat hal.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan siasat dakwaan Khir Toyo…

Katanya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menyiasat dakwaan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo bahawa pelepasan sisa air tapak pelupusan sampah di Bukit Tagar, Hulu Selangor sebagai punca utama pencemaran ammonia di Sungai Selangor sehingga menyebabkan bekalan air berbau di negeri ini dan Kuala Lumpur akhir bulan lalu.

Kita sokong siasat dan terus bawa ke muka keadilan supaya pihak yang terlibat mendapat hukuman yang setimpal.

Yang ingin kita lihat berlaku setiap hari: Semua pemimpin dari semua peringkat sangat prihatin menjaga bumi Malaysia dari pencemaran zahir dan batin, terlebih lagi bila di laporkan oleh rakyat biasa.

Onn Jaafar hero orang Melayu... (Berita Harian 26 /2/06, ms5 Nasional)

Bersungguh-sungguh pemimpin-pemimpin UMNO yang ada menyambut majlis mengingati perjuangan Dato’ Onn yang diadakan di Stadium Batu Pahat, Johor. Antaranya perarakan menuju ke stadium, koir lagu Pahlawanku dan Tanahair serta deklamasi sajak ‘Batu Pahat Tanah Keramat Bumi Bertuah’ dan pembacaan ikrar, ucapan Menteri Besar Johor serta di susuli amanat Perdana Menteri sebelum penyampaian Watikah Pengiktirafan.

Rupanya yang di tekankan sangat ialah Dato’ Onn sebagai pengasas dan Presiden Umno pertama, parti yang kini menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional, setakat ini dimandatkan rakyat sebagai kerajaan Malaysia.

Tapi apa yang berlaku yang wajar difikirkan oleh bangsa merdeka ialah perjuangannya diteruskan dengan keluar daripada Umno lalu menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaysia (IMP) dan selepas itu dalam 1954 menubuhkan Parti Negara.

Fakta:
1. Apa yang dikatakan sebagai 'Hero orang Melayu' yang juga pengasas Umno, Dato’ Onn Jaafar telah KELUAR dari Umno dan MATI di luar Umno. Begitu juga dengan Tunku Abdul Rahman.

2. Sepanjang sejarah bangsa, sudah tentu ramai pejuang atau hero orang Melayu selain Dato' Onn (dengan penuh hormat) yang telah tampil kedepan sanggup bersusah-payah menyumbang pemikiran, tenaga, masa, wang dan harta hatta bergadai nyawa membela bangsa supaya menjadi umat gemilang.

Ahli sejarah tentu maklum hal ini. Kita terlalu suka sekiranya banyak buku ditulis mengenai hero-hero orang Melayu. Supaya kita kenal pengorbanan mereka.

Harga minyak naik lagi...

Bab I
Sekali lagi terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (seperti diajar lately kepada rakyatnya melalui papan nama projek awam yang biasanya di urus oleh JKR) kerana berkali-kali mengizinkan kenaikan harga minyak dan gas masak. Kali ini kejutan kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan 30 sen harga petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) berkuatkuasa pada Selasa lalu (28.2.06).

Kalau kerajaan yang ada (Barisan Nasional) yang rakyat berikan mandat dalam pilihanraya untuk uruskan negara sudah tepu idea, semua benda rakyat kena bayar, dapat undi rakyat dengan berbagai cara kemudian membuat tembolok sendiri, kita sebagai rakyat mempunyai satu-satunya pilihan tepat dengan menggunakan cara yang sah mengikut undang-undang dan perlembagaan kita: TUKAR KERAJAAN kepada parti lain yang berdaftar di Malaysia (selain Barisan Nasional) yang lebih prihatin kepada rakyat, yang lebih sayangkan rakyat, yang tidak menghabiskan duit rakyat melalui rasuah (KKN: korupsi, kolusi dan nepotisme).

Bukan sehari dua, kini sudah lebih dari 40 tahun kita ditipu berbagai cara. Cukuplah, enough is enough.

Dari hidup merana, pilihlah yang menepati janji.


Bab II
Drama yang jelak kita melihatnya: Mula-mula maklumkan kenaikan harga petrol. Lepas itu menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri kita sibuk dengan kenyataan di sana-sini, ada yang beri penerangan seolah-olah tidak pernah berlaku, ada yang beri amaran supaya peniaga jangan naikkan harga barang, memberi amaran supaya perkhidmatan awam (bas) teruskan seperti biasa atau hadapi tindakan tegas kerajaan jika mengenakancaj tambahan, ada yang mengingatkan peniaga jangan sekali-kali bersikap tamak dan menindas orang lain dengan menaikkan harga barang sesuka hati, ada yang mengingatkan masyarakat supaya tidak menjadikan kenaikan itu sebagai isu politik, sebaliknya perlu menerima hakikat bahawa harga minyak bukan ditentukan kerajaan, dan macam-macam lagi.

Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri sayangnya dijadikan ‘pak yit’ (pinjam bahasa utara) sibuk memantau kenaikan disana-sini dalam perjuangan yang akhirnya pasti terjadi, seperti sebelum ini: rakyat kena tanggung kenaikan harga.

Di sekolah lagi di ajar dalam subjek Ekonomi Asas dan Prinsip Akaun bahawa kos pengangkutan merupakan salah satu elemen kos sesuatu barangan. Dalam asas ekonomi pula, selalunya harga akan naik bila kos sesuatu barangan naik. Walaupun mungkin berlaku dimana peniaga menyerap kenaikan kos tetapi lebih senang di pindahkan kepada pengguna terutama di negara belum maju. Oleh itu bila harga petrol, diesel dan LPG naik, lambat laun harga barang akan naik.

Selagi Barisan Nasional menjadi kerajaan kita, selama itulah kita akan merana.

Cukuplah dengan Main-Main Cinta dan Bujang Senang…

Dulu seorang pensyarah IPTA (universiti kerajaan yang menggunakan duit RAKYAT) bersusah-payah buat filem sendiri kerana ingatkan ada sesuatu pembaharuan ketara atau mesej jauh berbeza berbanding dengan filem Melayu selama ini, bila dia arahkan Mami Jarum. Kemudian di ikuti dengan filem2 lain, satu demi satu, produktif sungguh, sehinggalah Main-Main Cinta dan setakat ini dengan Bujang Senang…

Ada dua poin utama yang sengaja hendak ditimbulkan untuk rekod semata-mata:
1. Hebat kerana filem-filemnya seolah-olah keluar tanpa henti, memberi kita mesej bahawa dalam apa saja bidang, penting berpendidikan tinggi.
2. Sayangnya kerangka pemikirannya SAMA saja serupa filem Melayu lainnya, yang tidak boleh lari berunsurkan seks. Pusing-pusing sama saja. Jauhari juga mengenal manikam.

Cukuplah…wahai pengarah filem dan semua yang terlibat menjayakan sesebuah filem termasuk pelakon-pelakon, bangunkan bangsa supaya bersemangat tulin menghadapi cabaran masa depan ikut cara kita yang beradap-sopan sepanjang zaman. Mesti ada pembaharuan kearah cita-cita besar membangunkan tamadun berteraskan cara kita yang berpekerti mulia.

Tentu kita tidak mahukan fikiran anak bangsa kekal tidak merdeka, tidak dijajah oleh penjajah dalam bentuk baru (neo-colonialism) dan selamanya berbudaya jahiliyyah yang telah lama ditinggalkan walaupun zahirnya hidup di zaman moden ini. Tentu kita amat suka dan bangga apabila anak bangsa kita menjadi hebat dan tidak mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa saja.

Mungkin Born Free dan Paradise Now memberi contoh mesej nilai yang perlu dibina, atau belajar sesuatu (why not?) dari kartun animasi Chicken Run dan Valiant, sekadar beberapa contoh. Sepatutnya sebagai bangsa merdeka kita perlu smart dalam menyaring : Ambil apa yang terbaik untuk kita, tinggalkan apa yang tidak baik.

Merdekakah kita?