Friday, March 10, 2006

Onn Jaafar hero orang Melayu... (Berita Harian 26 /2/06, ms5 Nasional)

Bersungguh-sungguh pemimpin-pemimpin UMNO yang ada menyambut majlis mengingati perjuangan Dato’ Onn yang diadakan di Stadium Batu Pahat, Johor. Antaranya perarakan menuju ke stadium, koir lagu Pahlawanku dan Tanahair serta deklamasi sajak ‘Batu Pahat Tanah Keramat Bumi Bertuah’ dan pembacaan ikrar, ucapan Menteri Besar Johor serta di susuli amanat Perdana Menteri sebelum penyampaian Watikah Pengiktirafan.

Rupanya yang di tekankan sangat ialah Dato’ Onn sebagai pengasas dan Presiden Umno pertama, parti yang kini menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional, setakat ini dimandatkan rakyat sebagai kerajaan Malaysia.

Tapi apa yang berlaku yang wajar difikirkan oleh bangsa merdeka ialah perjuangannya diteruskan dengan keluar daripada Umno lalu menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaysia (IMP) dan selepas itu dalam 1954 menubuhkan Parti Negara.

Fakta:
1. Apa yang dikatakan sebagai 'Hero orang Melayu' yang juga pengasas Umno, Dato’ Onn Jaafar telah KELUAR dari Umno dan MATI di luar Umno. Begitu juga dengan Tunku Abdul Rahman.

2. Sepanjang sejarah bangsa, sudah tentu ramai pejuang atau hero orang Melayu selain Dato' Onn (dengan penuh hormat) yang telah tampil kedepan sanggup bersusah-payah menyumbang pemikiran, tenaga, masa, wang dan harta hatta bergadai nyawa membela bangsa supaya menjadi umat gemilang.

Ahli sejarah tentu maklum hal ini. Kita terlalu suka sekiranya banyak buku ditulis mengenai hero-hero orang Melayu. Supaya kita kenal pengorbanan mereka.

No comments: