Dulu seorang pensyarah IPTA (universiti kerajaan yang menggunakan duit RAKYAT) bersusah-payah buat filem sendiri kerana ingatkan ada sesuatu pembaharuan ketara atau mesej jauh berbeza berbanding dengan filem Melayu selama ini, bila dia arahkan Mami Jarum. Kemudian di ikuti dengan filem2 lain, satu demi satu, produktif sungguh, sehinggalah Main-Main Cinta dan setakat ini dengan Bujang Senang…
Ada dua poin utama yang sengaja hendak ditimbulkan untuk rekod semata-mata:
1. Hebat kerana filem-filemnya seolah-olah keluar tanpa henti, memberi kita mesej bahawa dalam apa saja bidang, penting berpendidikan tinggi.
2. Sayangnya kerangka pemikirannya SAMA saja serupa filem Melayu lainnya, yang tidak boleh lari berunsurkan seks. Pusing-pusing sama saja. Jauhari juga mengenal manikam.
Cukuplah…wahai pengarah filem dan semua yang terlibat menjayakan sesebuah filem termasuk pelakon-pelakon, bangunkan bangsa supaya bersemangat tulin menghadapi cabaran masa depan ikut cara kita yang beradap-sopan sepanjang zaman. Mesti ada pembaharuan kearah cita-cita besar membangunkan tamadun berteraskan cara kita yang berpekerti mulia.
Tentu kita tidak mahukan fikiran anak bangsa kekal tidak merdeka, tidak dijajah oleh penjajah dalam bentuk baru (neo-colonialism) dan selamanya berbudaya jahiliyyah yang telah lama ditinggalkan walaupun zahirnya hidup di zaman moden ini. Tentu kita amat suka dan bangga apabila anak bangsa kita menjadi hebat dan tidak mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa saja.
Mungkin Born Free dan Paradise Now memberi contoh mesej nilai yang perlu dibina, atau belajar sesuatu (why not?) dari kartun animasi Chicken Run dan Valiant, sekadar beberapa contoh. Sepatutnya sebagai bangsa merdeka kita perlu smart dalam menyaring : Ambil apa yang terbaik untuk kita, tinggalkan apa yang tidak baik.
Merdekakah kita?
No comments:
Post a Comment