Bab I
Sekali lagi terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (seperti diajar lately kepada rakyatnya melalui papan nama projek awam yang biasanya di urus oleh JKR) kerana berkali-kali mengizinkan kenaikan harga minyak dan gas masak. Kali ini kejutan kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan 30 sen harga petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) berkuatkuasa pada Selasa lalu (28.2.06).
Kalau kerajaan yang ada (Barisan Nasional) yang rakyat berikan mandat dalam pilihanraya untuk uruskan negara sudah tepu idea, semua benda rakyat kena bayar, dapat undi rakyat dengan berbagai cara kemudian membuat tembolok sendiri, kita sebagai rakyat mempunyai satu-satunya pilihan tepat dengan menggunakan cara yang sah mengikut undang-undang dan perlembagaan kita: TUKAR KERAJAAN kepada parti lain yang berdaftar di Malaysia (selain Barisan Nasional) yang lebih prihatin kepada rakyat, yang lebih sayangkan rakyat, yang tidak menghabiskan duit rakyat melalui rasuah (KKN: korupsi, kolusi dan nepotisme).
Bukan sehari dua, kini sudah lebih dari 40 tahun kita ditipu berbagai cara. Cukuplah, enough is enough.
Dari hidup merana, pilihlah yang menepati janji.
Bab II
Drama yang jelak kita melihatnya: Mula-mula maklumkan kenaikan harga petrol. Lepas itu menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri kita sibuk dengan kenyataan di sana-sini, ada yang beri penerangan seolah-olah tidak pernah berlaku, ada yang beri amaran supaya peniaga jangan naikkan harga barang, memberi amaran supaya perkhidmatan awam (bas) teruskan seperti biasa atau hadapi tindakan tegas kerajaan jika mengenakancaj tambahan, ada yang mengingatkan peniaga jangan sekali-kali bersikap tamak dan menindas orang lain dengan menaikkan harga barang sesuka hati, ada yang mengingatkan masyarakat supaya tidak menjadikan kenaikan itu sebagai isu politik, sebaliknya perlu menerima hakikat bahawa harga minyak bukan ditentukan kerajaan, dan macam-macam lagi.
Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri sayangnya dijadikan ‘pak yit’ (pinjam bahasa utara) sibuk memantau kenaikan disana-sini dalam perjuangan yang akhirnya pasti terjadi, seperti sebelum ini: rakyat kena tanggung kenaikan harga.
Di sekolah lagi di ajar dalam subjek Ekonomi Asas dan Prinsip Akaun bahawa kos pengangkutan merupakan salah satu elemen kos sesuatu barangan. Dalam asas ekonomi pula, selalunya harga akan naik bila kos sesuatu barangan naik. Walaupun mungkin berlaku dimana peniaga menyerap kenaikan kos tetapi lebih senang di pindahkan kepada pengguna terutama di negara belum maju. Oleh itu bila harga petrol, diesel dan LPG naik, lambat laun harga barang akan naik.
Selagi Barisan Nasional menjadi kerajaan kita, selama itulah kita akan merana.
No comments:
Post a Comment