Thursday, March 30, 2006

Tiada bantuan jika undi pembangkang

SINGAPURA: Parti pemerintah Singapura memberi amaran kepada pengundi bahawa mereka tidak dapat menikmati bantuan baru sekiranya mengundi calon pembangkang di kawasan masing-masing dalam pilihan raya akan datang.
Menteri Kanan, Goh Chok Tong berkata, penduduk akan menerima kebaikan dengan terus memberi undi mereka kepada calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya tidak lama lagi jika mahu mendapatkan kemudahan lif baru serta kemudahan membeli-belah lebih baik.
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong baru-baru ini meminta bekas Perdana Menteri itu membantu menawan semula dua kawasan pembangkang. Pembangkang memiliki hanya dua daripada 84 kerusi di Parlimen.
Chiam See Tong, ketua Parti Demokratik Singapura, menguasai kawasan Potong Pasir selama 25 tahun manakala Setiausaha Agung Parti Pekerja, Low Thia Kiang memegang kawasan Hougang sejak 1991.

Ulasan: Rupa-rupanya Singapura pun sama dengan kita. Selepas pilihanraya semua kawasan adalah sama yang perlu di jaga kerana rakyat membayar cukai. Ini susah hendak di terima oleh parti politik yang terlalu lama memerintah sesuatu negara.

Hari itu akan tiba…

No comments: