Tuesday, March 21, 2006

Bahasa Melayu : Bahasa Ilmu yang Perlu Di Pertahankan

Bahasa Melayu yang dituturkan oleh lebih 250 juta penduduk Asia Tenggara perlu diperkuatkan dan dibersihkan daripada pengaruh bahasa-bahasa asing kata Persidangan Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM).

Sayangnya di Malaysia sekarang, bahasa Melayu menjadi bahasa kelas kedua selepas kerajaan Barisan Nasional diakhir-akhir pemerintahan Dr Mahathir mewajibkan dua mata pelajaran Matematik dan Sains, tanpa sebarang perbincangan terperinci yang meluas, diajar menggunakan bahasa Inggeris walaupun jelas bercanggah dengan Penyata Razak atau Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa Kebangsaan 1967, Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Bahasa Kebangsaan.

Bahasa Melayu bukanlah sekadar untuk dihormati, atau disimpan di dalam muzium, tetapi perlu digunakan dalam majlis-majlis rasmi dan penggunaan ilmiah di universiti-universiti agar menjadi bahasa berdaulat seperti sebelum ini.

No comments: