Friday, April 28, 2006

TLDM mampu bertaraf dunia: Kapal selam, armada terkini bukti tentera laut semakin disegani di rantau ini

LUMUT: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yakin Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal menjadi angkatan laut bertaraf dunia menjelang 2010, seiring dengan kedudukan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.

Ulasan: Buatlah apa pun asalkan ATM boleh menjaga negara dari serangan musuh tak kira siapa. Jangan hanya untuk bertaraf dunia…

Thursday, April 27, 2006

Siasatan setiap kes perlu telus - Peguam Negara

PUTRAJAYA 26 April - Siasatan terhadap sesuatu kes termasuk projek penjara baru di Kuching yang terbengkalai sejak 1997 perlu dijalankan secara telus, adil dan mendalam, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ulasan: Tolong beri ruang supaya kumpulan penyiasat boleh menyiasat secara telus, adil dan mendalam dan dakwa secara adil di mahkamah.

Sebenarnya PM sendiri tidak perlu mengarahkan BPR menyiasat sebuah projek terbengkalai di Sarawak atau di mana-mana pun. Kalaulah PM terpaksa tengok perkara yang remeh, mana perginya orang lain?
Satu lagi berilah masa untuk PM berfikir untuk hasilkan grand design masa depan untuk next fifty years negara tercinta ini.

Effendi diberi notis tunjuk sebab hina mahkamah

KUALA LUMPUR 26 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap Datuk Seri Effendi Norwawi kenapa beliau tidak patut dipenjarakan kerana gagal mematuhi perjanjian dan melaksanakan perintah mahkamah.

Ulasan: Harap tidak menggunakan kabel demi keadilan undang-undang dibumi tercinta..

Garis panduan pemerolehan jimatkan GLC RM9b setahun

KUALA LUMPUR 26 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, garis panduan pemerolehan bagi 15 syarikat milik kerajaan (GLC) utama berpotensi menjimatkan syarikat-syarikat itu antara RM4 bilion dan RM9 bilion setahun.
Perdana Menteri berkata, garis panduan yang diperkenalkan melalui Buku Merah yang dilancarkan hari ini amat penting untuk menggalakkan 15 GLC berkenaan mengamalkan keberkesanan kos bagi meningkatkan daya saing selain membantu membanteras rasuah dalam pengurusannya.

Ulasan: Rupa-rupanya kerajaan BN sedar keburukan rasuah dan salah guna kuasa dalam rantaian pembekalan. Jangan salahkan orang lain kerana BN/Perikatan memerintah sejak merdeka. Semuga berjaya didalam perperangan melawan rasuah dan salah guna kuasa. Jangan garis panduan tinggal garis panduan yang di ketawakan orang...

Peguam tetap dakwa Suharto

JAKARTA: Peguam Negara Indonesia Abdul Rahman Saleh berkata, pihaknya bersedia mengheret semula bekas presiden Suharto ke muka pengadilan, termasuk merujuk Mahkamah Agung biarpun enggan mengulas cara baginya berbuat demikian.

Ulasan: Rakyat sentiasa mengharapkan keadilan undang-undang merangkumi setiap orang walaupun presiden. Berani buat berani tanggung risikonya.

Lee yakin Melayu terus sokong PAP

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yakin masyarakat Melayu akan terus menyokong Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah seperti terbukti dalam pilihan raya lalu.

Ulasan: Kaedah yang tipikal dimana sahaja bila menghadapi pilihan raya. Tiba-tiba kerajaan teringat rakyat yang sebenarnya berjasa besar mengundi parti itu yang boleh menang. Lantas kebiasaannya akan di ingatkan kebaikan-kebaikan yang telah lalu (tak ikhlas?) dan di beri amaran bahayanya sekiranya memilih parti pembangkang. Masyarakat Melayu di Singapura jangan lupa sekali-kali bahawa segala-gala tindakan yang menyebabkan orang Melayu menjadi rakyat second class atau third class dilakukan oleh PAP yang menjadi pemerintah Singapura selama ini sejak merdeka. Bukan parti lain. Selamat mengundi….

Wednesday, April 26, 2006

Rosmah risau peningkatan kes HIV

KUALA LUMPUR 26.04.06: Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melahirkan rasa bimbang berikutan peningkatan kadar kes jangkitan HIV dan AIDS terhadap masyarakat di negara ini khususnya Melayu.

Ulasan: Punca kedua-dua penyakit ini ialah penagihan iaitu penagihan dadah dan penagih seks (zina). Kepada kerajaan: Tutuplah jalan-jalan kearah zina.

Media mesti hati-hati: TPM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu media dan penerbit sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan tugas serta peka terhadap kesan daripada bahan yang disiarkan mereka terhadap masyarakat.
Timbalan Perdana Menteri, berkata semua pihak mempunyai tanggungjawab bersama ke arah kebaikan dan kesejahteraan masyarakat, tetapi mereka yang terbabit dalam industri penerbitan mempunyai tanggungjawab lebih penting.

Ulasan: Termasuk juga semua media dan penerbit kena bertanggung jawab supaya zina pada sebarang umur dibendung. Kita kena terima bahawa sexually charged music, magazines, TV, movies and internet push youngsters into intercourse at an earlier age, perhaps by acting as kind of virtual peer that tells them everyone else is doing it.

Kita bertanggung jawab memastikan zina dibenci.

Remaja tak faham erti seks

GEORGETOWN: Sebahagian besar remaja di negara ini terutama di luar bandar tiada pengetahuan mengenai seks termasuk apa itu ‘vagina’, bagaimana boleh mengandung dan melahirkan anak.
Pendedahan itu dibuat hasil Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat (MPFS-4) yang dilakukan pada 2004 ke atas remaja berusia 13 hingga 24 tahun membabitkan 18,000 kediaman di seluruh negara.

Ulasan: Faham semuanya belum tentu menjadi rakyat yang baik. Bagaimana nak jawab: Itek tak perlu diajar berenang.
Lagi pula keseluruhan media massa bertanggung jawab kerana sexually charged music, magazines, TV, movies and internet push youngsters into intercourse at an earlier age (zina).
Sampai hati kita rosakkan anak-anak rakyat kita dinegara tercinta ini...

Layanan MAS kekal terbaik dunia

LANGKAH pengurangan kos Penerbangan Malaysia (MAS) menerusi pelan pemulihannya tidak akan menjejaskan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan, kata Penolong Pengurus Besar bagi perkhidmatan dalam pesawatnya, Azman Ahmad.
Baru-baru ini, MAS meraih anugerah ‘Perkhidmatan Kabin Kelas Ekonomi Paling Cemerlang 2006’ dalam kaji selidik penerbangan antarabangsa oleh Skytrax Research yang berpangkalan di United Kingdom.

Ulasan: Sejak bila pula MAS jadi restoran? Baguslah MAS memenangi anugerah itu sebagai mengesahkan bahawa dalam semua masalah yang dihadapi, MAS tidak mengurangkan mutu produk dan perkhidmatan.
Soalan basic dalam business: Layanan MAS kekal terbaik dunia, tapi bila MAS nak untung?

Syor CCTV di sekolah -- Memorandum ketiga kementerian ke Kabinet atasi disiplin pelajar

KUALA LUMPUR 25 April - Satu memorandum mengenai masalah disiplin pelajar akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok yang akan turut membincangkan kemungkinan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah-sekolah.
Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini merupakan memorandum ketiga yang dibawa oleh kementerian berkenaan bagi mengatasi masalah keselamatan dan disiplin di sekolah.

Ulasan: Lagi-lagi cadangan untuk habiskan duit rakyat. Seperti biasa yang diamalkan sebelum ini sejak merdeka, duit habis di telan oleh kroni yang dapat projek tapi kita takut projek tak sampai matlamatnya. Buatlah projek rintis (pilot) dulu, tengok kejayaan pelaksanaannya.

Gunakanlah pendekatan undang-undang dan nasihat dalam berbagai bentuk untuk menyelesaikan masalah disiplin pelajar. Baliklah kepada asas: didik hati melalui agama. Hati baik semua jadi baik.

Tertarik dengan pandangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bahawa cadangan memasang Kamera Litar Tertutup (CCTV) tidak menjadi suatu keperluan mendesak untuk menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Pengwujudan CCTV melibatkan kos yang tinggi dan hanya sebagai instrumen menjaga sekolah bukan mekanisma membaiki disiplin pelajar.
Ia akan mewujudkan suasana takut kerana ada pengawasan di sekolah. Pelajar hanya akan berdisplin di sekolah tetapi melakukan perbuatan tidak bermoral apabila melangkah keluar dari pagar sekolah," katanya dalam satu kenyataan kepada media berhubung cadangan memasang CCTV di sekolah hari ini. Peruntukan itu seharusnya disalurkan kepada program-program pembangunan pelajar yang lebih bermanfaat.

Monday, April 24, 2006

WHO THE MALAYSIANS TRUST MOST?

The Star 19.4.06 reported that the Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) commissioned a survey of 2,074 Malaysians on who they trust most in term of occupation. Doctors came up first and teachers second. Government ministers ranked 13th. Politicians were at the bottom of the 15-category list.

Ulasan:
Tahniah kepada guru kerana masih boleh dipercayai lagi seperti dulu. Teruskan dan pertahankan maruah guru. Kalau guru pun belot, apa akan jadi pada dunia?

Bagaimana Menteri kerajaan (BN) dan orang politik? Sila semak kekurangan diri sendiri sehingga menyebabkan pandangan orang ramai begitu rendah walaupun Negara dipenuhi oleh akhbar kroni yang sentiasa melaporkan cerita yang terbaik dari menteri-menteri dan orang politik khususnya dari BN. Apa yang sebenarnya dibuat oleh menteri dan ahli politik terus diperhatikan rakyat yang semakin terpelajar, mahu tidak mahu semakin sehari kita kena terima hakikat. Sila kaji habis-habis mesti ada sebab mengapa rakyat percaya peribahasa lama yang di ubahsuai: siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri (BN setakat ini)….

Back to basic: Apa yang kita buat itulah menyebabkan imej (image) kita pada pandangan orang. Kalau kita bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang rendah menyebabkan imej kita rendah pada pandangan orang.

Jom kita sama-sama lakukan perkara yang halal lagi baik setiap masa. Itu lebih penting dari hanya membina imej pada pandangan orang…

AS bimbang nuklear Iran?

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) berkata Iran kini hampir memperoleh kepakaran teknologi untuk membangunkan senjata nuklear.

Ulasan: Sejak bila negara bebas dalam dunia melantik AS jadi polis dunia? Jangan cuma perasan sendiri kot. AS tidak pernah marah kepada Israel sebuah negara kesayangan AS yang telah secara haram mempunyai senjata nuclear bertahun-tahun lalu. Israel kewujudanmu telah menyusahkan dunia sehingga kini...

Friday, April 21, 2006

GADIS LITAR (CIRCUIT GIRLS) : SIAPA SELAMATKAN KITA?

Kadang-kadang bertembung gadis penyeri litar (circuit girls) sewaktu pergi menonton perlumbaan motorsikal/kereta: Tertanya-tanya nak tengok perlumbaan atau gadis litar? Atau melihat...gadis model dalam pertunjukan kereta – nak jual kereta atau gadis?
Mestikah ada gadis litar untuk penyeri perlumbaan?

Mahu tidak mahu terpaksa terima bahawa bukan semuanya yang berasal dari Barat bagus untuk kita. Kita hendakkan kemajuan tetapi kita tidak mahu sampah kemajuan. Kita sepatutnya memilih yang terbaik untuk negara kita, bukan sampah.

Gadis litar sudah biasa di Barat dan semakin biasa kerana dipaksakan secara tidak sedar di negara timur. Dimana saja, gadis litar dan seumpamanya adalah merupakan penghinaan kepada wanita keseluruhannya.

Cuma dengan upah atau tanpa upah pun sanggup berpakaian yang menjolok mata yang singkat, nipis, ketat dan mendedahkan yang sengaja direkabentuk khas (biasanya oleh pereka fesyen lelaki) untuk majlis tersebut. Yang pastinya bukan pakaian biasa. Pakaian itu sengaja di rekabentuk mempamerkan (reveals) bahagian badan wanita yang dalam keadaan biasa tidak di pamerkan kecuali bila khusus bersama-sama suami yang halal.

Yang tentu nampaknya hebat ialah lelaki kerana mereka berjaya mengupah wanita untuk berpakaian yang mereka kehendaki supaya produk syarikat mereka laku di pasaran.

Kita bercakap mengenai penghinaan kepada wanita keseluruhannya, yang perlukan pembelaan secara sistematik. Selamanya tubuh wanita bukan untuk dijual. Bukan lagi masalah chauvinistic. Bukan masaalah golongan minoriti atau majoriti, atau terpaksa ikut majoriti atau lebih pelik lagi kalau yang majoriti kena ikut minoriti. Bahkan penghinaan kepada semua rakyat Malaysia kerana kesannya dalam masa panjang akan menggugat semua. Kita ibarat penumpang didalam kapal yang sama yang sedang bocor…

Jangan marah kalau kita bertanya mana pembelaan Lim Kit Siang dan sekutu? Mana Menteri bagi Wanita? Mana Sisters in Islam? Mana Puteri UMNO dan sekutu? Mana 3 puteri PM dan bekas PM kita? Tidak mungkin pembelaan yang boleh diharap dari mereka yang mengambil untung dari kerosakan moral.

Negara kita hendak jadi maju mengikut acuan kita..bukan mengikut acuan Barat. Kalau kita lalai lagi mungkin akan kita jadi maju tetapi mengikut acuan Barat dengan berbagai masalah seperti kerosakan moral, seks bebas, dadah dan sexually transmitted diseases: AIDS dan sebagainya.

Semua orang tahu masalahnya tapi tidak dapat buat apa. Sila lihat dan kaji habis-habisan apa yang berlaku di negara maju yang berdekatan dengan kita iaitu di Singapura dan Jepun... Kita sudah merasa bahang kemajuan kerana mengambil sampahnya. Nak lagi? Jaga-jaga kerana tak mungkin tak sampai destinasi kalau pengembaraan sudah bermula…

Back to basic: Stop the sexist cattle market : Women’s bodies are not for sale!
Kembalikan maruah wanita dimana saja.

Thursday, April 20, 2006

Hidup perlu diteruskan di sebalik nahas kereta api

SUNGAI PETANI (UM 19 April 06) - Kira-kira 24 jam yang lalu, riwayat seorang ibu muda bersama dua anaknya berakhir di landasan kereta api di Taman Sri Wang, di sini.
Namun kematian tragis tersebut ternyata tidak `menghentikan' kehidupan penduduk sekitar kawasan berkenaan yang sudah 20 tahun menjadikan laluan itu sebagai jalan pintas ke Patani Jaya.
Penduduk yang terlibat sudah tentu mempunyai alasan tersendiri kenapa jalan pintas itu, yang mengikut istilah Keretapi Tanah Melayu Bhd. sebagai `menceroboh landasan' menjadi pilihan. Begitu juga dengan Allahyarham Zulkaidah yang memilih laluan berkenaan untuk menghantar anaknya ke sekolah.

Ulasan: Khabarnya sudah ramai mati di gilis keretapi KTM... Dalam sebarang kemalangan kalau seorang mati sahaja pun sudah terlalu banyak, kalau kita fikir ikut dunia maju. Pihak KTM ambil jalan senang dengan kata tindakan ceroboh, padahal berlaku sejak 20 tahun lalu. Kalau sayangkan rakyat binalah jejambat untuk kemudahan melintas jalan keretapi ATAU tutup terus (permanently sealed)laluan daripada digunakan setiap hari. Tak kan habis RM300,000 untuk sebuah jejambat...

Wednesday, April 19, 2006

JB dilanda banjir kilat

JOHOR BAHRU: Beberapa kawasan di pusat bandar raya ini ditenggelami air sedalam kira-kira setengah meter, kejadian kedua melanda bandar ini dalam dua minggu, selepas hujan lebat lebih sejam petang semalam.

Ulasan: Kita boleh menerima kalau ia berlaku bagi pertama kalinya. Kalau ia berlaku setiap tahun atau setiap kali hujan, mana pihak berkuasa tempatan? Untuk selesaikan masalah, berikan kepada orang berilmu: Jurutera-jurutera boleh selesaikan masalah terlalu basic itu. Tapi berikan mereka peluang, jangan ganggu dan bantu mereka laksana kerja.

9,000 terjejas jika Perak henti pembalakan

IPOH: Kerajaan Perak tidak dapat menghentikan kegiatan pembalakan di kawasan komersial Hutan Simpan Temenggor walaupun tahu ia membawa kemusnahan alam sekitar, kerana tindakan itu akan menyebabkan lebih 9,000 orang hilang sumber pendapatan, di samping kesannya kepada ekonomi negeri.
Beliau berkata, kerajaan negeri sedar dan prihatin terhadap masalah kemusnahan alam sekitar akibat kegiatan pembalakan yang tidak dilakukan mengikut prinsip pengurusan hutan oleh segelintir syarikat konsesi.

Ulasan: Back to basic, apa maksud Hutan Simpan? Kalaulah pemimpin kita sayang hutan simpan dari dulu alangkah baiknya. Cubaan untuk membalak di hutan simpan hatta menggunakan helicopter (iye ke?) pernah berlaku di Kedah waktu era Syed Razak sebagai Menteri Besar.

Pemimpin kita kena fikir dan ambil pakar-pakar khusus supaya fikir macam mana boleh kurangkan pergantungan balak hutan simpan dan tutup terus jual balak dari hutan simpan.

Masalahnya hutan simpan menjadi igauan ramai yang cintakan dunia kerana ramai yang jadi kaya hasil balak….
Kalau diikutkan duit, binasa negara dijual orang (pemimpin yang tidak ikhlas).
Merdeka hutan simpan!

Dr. M diminta jangan campuri pentadbiran negara

IPOH 18 April - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya tidak mencampuri urusan pentadbiran negara.

Ulasan: Amboi baru lebih kurang 2 tahun Dr M tidak jadi PM, orangnya sudah berani cakap macam itu kepadanya. Padahal dulu sepanjang pemerintahannya, semua orang BN akur kehebatannya memimpin negara.

Kita rakyat merdeka, kita perlu terus cakap benda yang betul without fear or favor… Keupayaan untuk berfikir mengenai ehwal negara kita tentu bukan hanya ada pada semua pemimpin kita... Kehebatan dan kecerdikan bukan hanya milik pemimpin kerajaan BN.

Hilary Duff ikrar tidak dedah tubuh

LOS ANGELES: Penyanyi dan pelakon popular remaja Amerika Syarikat, Hilary Duff membuat sesuatu yang agak jarang dibuat anak seni Hollywood – bersumpah tidak mahu berbogel semata-mata untuk melariskan filem lakonannya.

Ulasan: Orang di Barat pun sedar bahawa dedah tubuh bukan cara sopan untuk buat duit. Bagaimana artis kita? Juga ramai yang bercita-cita menjadi artis (penghibur) pada masa depan kerana cepat jadi kaya dan dikenali ramai, kadang-kadang menggunakan tubuh indah untuk buat duit – lihatlah dalam akhbar penuh dengan artis dan bakal artis.

Orang lain sudah lama sedar perkara ini, kita bila lagi?
Carilah makan dengan cara yang halal dan baik...

Samer kejutkan Yahudi

BAITULMAQDIS: Kejadian serangan berani mati di Tel Aviv kelmarin yang meragut 9 nyawa dan mencederakan 50 yang lain, tidak hanya mengejutkan dunia tetapi juga rantau Arab sendiri kerana membabitkan seorang pengebom muda Samer Samih Hamad yang cuma berusia 17 tahun.

Ulasan: Terlalu muda tetapi sanggup mengorbankan diri untuk pertahankan prinsip hidup – mati mulia untuk membolehkan orang lain hidup. Belia kita bagaimana? Sibuk berpelisiran dan mendatangkan masalah kepada keluarga dan negara dengan masalah sosial, dadah, mat rempit dsbnya. Kita wajar malu kerana bukankah kira warga merdeka.

Sebenarnya bagi kita umur dari sudut tahun adalah relatif dan hanyalah nombor tetapi yang lebih penting ialah umur baligh merupakan umur yang kita bertanggungjawab terhadap semua perkara yang kita lakukan, mudahnya dosa dan pahala tanggungjawab kita. Muda tetapi sudah faham erti perjuangan yang menghidupkan.Bersiap sebelum umur baligh untuk kehidupan yang berprinsip sejahtera.

Thursday, April 06, 2006

Kiss warning to Malaysia tourists (BBC News, Kuala Lumpur, 6.4.06 )

Kuala Lumpur's mayor has reassured tourists they will not face harassment if found kissing in public.

The comment comes after Malaysia's highest court said city officials were right to prosecute a local couple for allegedly holding hands and kissing.

Ulasan:
Datuk Bandar KL mungkin lupa peribahasa masuk kandang lembu mengeboh, masuk kandang kambing mengembik. Ertinya kena ikut dan patuh undang-undang setempat (law of the land). Itu kebanyakan pelancung faham...

Sayangnya kita kurang faham. Kemaruk sangat duit yang dibawa oleh pelancung, lalu biarlah mereka buat tak senonoh di depan mata kita dan anak-anak kita? No way.

Dua pembantu rumah Nazri diberkas (UM 6.4.06)

KUALA LUMPUR - Selepas beberapa hari melarikan diri dengan menyorok di sebuah pangsapuri di Cheras di sini, dua pembantu rumah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz akhirnya ditangkap bersama wang tunai dan barang kemas berjumlah kira-kira RM350,000 hari ini.

Ulasan: Amboi banyaknya duit dan barang kemas di rumah Menteri kita. Kita harapkan semua itu dari punca yang halal. Menteri-menteri lain bagaimana?

Haneyya Orders Cancellation of His Son's Promotion (Ikhwanweb, Monday, April 03, 2006)

Ismail Haneyya, the Palestinian Authority premier and minister of youth and sports, has refused appointment of his eldest son Abdul Salam as manager of the ministry of youth and sports undersecretary's office.
Haneyya insisted that his son did not have the necessary scientific qualifications, and added that as long as he remained prime minister then his son would not be promoted.

Ulasan:
Paling tidak ia menutup jalan-jalan kearah suburnya rasuah, kronisme, kolusi dan nepotisme dalam negara tercinta. Bilakah ini akan terjadi di dunia sebelah sini?

Salah berpeluk, cium di tempat awam (UM 5/4/06)

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini membuat satu keputusan bersejarah apabila memutuskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh mendakwa dua pelajar sebuah universiti dekat sini atas tuduhan berkelakuan tidak sopan di taman awam.
Keputusan itu bermakna kerajaan tempatan kini mempunyai kuasa jelas untuk mewujudkan undang-undang kecil bagi mendakwa mana-mana pihak yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Sheriff dan Datuk Richard Malanjum sebulat suara memutuskan Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah betul untuk mendakwa dua pelajar kerana berkelakuan tidak sopan iaitu berpeluk dan bercium di Taman City Centre Kuala Lumpur (KLCC).
Ketika berhujah, peguam bela S. Selvam berkata, perbuatan bercium dan berpeluk di taman awam merupakan luahan cinta dan perlu digalakkan, malah ia merupakan satu bentuk kebebasan hidup yang tidak boleh disekat.
Hakim Ahmad Fairuz yang mencelah berkata, di England dan Amerika Syarikat, perbuatan bercium dan berpeluk di tempat awam diterima oleh masyarakat di sana.
“Tetapi adakah perbuatan berpeluk dan bercium (di tempat awam) boleh diterima penduduk Malaysia? Adakah perbuatan seumpama itu mengikut akhlak orang Asia?”

Ulasan:
Terima kasih mahkamah kerana masih menjunjung tinggi adab ketimuran. Tapi sedih kerana peguam bela mungkin terlupa perkara tersebut mentang-mentang mencari makan untuk membela anak guamnya...

Monday, April 03, 2006

Pembunuh diburu sampai dapat

PETALING JAYA: Siasatan kes pembunuhan berprofil tinggi seperti kes Datuk Norjan Khan Bahadar dan Noritta Samsudin akan diteruskan sehingga dua dekad lagi sehingga pembunuh mereka dapat ditangkap (UM 3/4/06).

Ulasan: Sebagai rakyat kita berterima kasih kepada PDRM kerana terus menyiasat. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga. Berani buat berani tanggung. Selamat menyiasat without fear or favour wahai PDRM. Penjanayah akan tidak senang duduk.

Kerajaan memerintah kena pastikan keadilan undang-undang akan dirasakan semua tak kira siapa.